Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tiada Caj Tol! Kapal Malaysia Dibenar Lalu Selat Hormuz

Sekurang-kurangnya tujuh kapal Malaysia dijangka akan belayar melalui Selat Hormuz dalam beberapa hari lagi walaupun ketegangan di kawasan itu makin memuncak, selepas Iran memberi jaminan laluan selamat.

Menurut laporan New Straits Times, duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata, Tehran sudah dimaklumkan mengenai kapal-kapal Malaysia yang berada di Teluk Parsi serta hasrat mereka untuk melalui selat strategik tersebut.

“Kami menerima maklumat daripada Menteri Luar Malaysia bahawa beberapa kapal Malaysia berada di Teluk Parsi dan mahu melalui Selat Hormuz.
“Kami sudah pertimbangkan perkara itu dan InsyaAllah mereka akan dapat melalui selat tersebut. Tiada masalah kerana Malaysia adalah negara sahabat, dan negara sahabat boleh menggunakan laluan itu,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama New Straits Times di Kedutaan Iran, pada Isnin.

Apabila ditanya sama ada kapal-kapal Malaysia perlu membayar ‘pondok tol’, Valiollah berkata laluan itu percuma.

“Sudah tentu (kapal Malaysia boleh lalu). Kami tidak akan kenakan bayaran,” ujarnya.

Foto: NSTP

Sabtu lalu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan tujuh kapal tangki Malaysia sedang menunggu isyarat rasmi untuk meneruskan perjalanan melalui Selat Hormuz.

Kapal-kapal itu termasuk tiga milik Petronas, dua milik MISC Bhd serta masing-masing satu milik Sapura Energy dan Shapadu Corporation Sdn Bhd dimana empat daripada kapal tersebut dilaporkan membawa muatan minyak mentah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menegaskan kapal-kapal ini tidak ditahan, cuma sedang menunggu waktu yang selamat dan lampu hijau untuk belayar.

Foto: Reuters

Sekatan terhadap pergerakan kapal di selat ini berlaku selepas Iran mengehadkan laluan sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel sebulan lalu.

Selat Hormuz sendiri adalah laluan penting dunia, di mana kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak global mengalir.

Valiollah menegaskan Selat Hormuz masih terbuka untuk perkapalan antarabangsa dan sekatan yang dikenakan adalah terpilih serta sah di sisi undang-undang.

“Selat Hormuz tidak ditutup. Ia hanya disekat kepada sesetengah pihak sahaja. Jika anda menyerang Iran, anda tidak boleh menggunakan selat ini. Tetapi kami tidak menutupnya,” katanya.

Iran berada di bawah sekatan AS sejak 1979 yang meliputi sektor tenaga, kewangan dan perkapalan. Walaupun begitu, Selat Hormuz sebelum ini masih terbuka kepada kapal antarabangsa, dan penutupan sepenuhnya akan memberi kesan besar kepada harga bahan api dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Valiollah turut menolak kemungkinan campur tangan tentera asing di kawasan itu, walaupun terdapat laporan bahawa AS meminta sokongan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mengiringi kapal melalui selat.

Beliau berkata, tiada maklum balas bermakna daripada NATO dan sebarang kehadiran tentera asing akan dianggap Iran sebagai sokongan kepada Amerika.

Tentang kenaikan harga bahan api global, beliau berkata Iran selama ini tidak menutup selat walaupun dikenakan sekatan puluhan tahun kerana mengambil kira kesan kepada pasaran dunia.

“Iran telah dikenakan sekatan selama 47 tahun, tetapi kami tidak pernah menutup Selat Hormuz. Kami sebenarnya boleh melakukannya, tetapi kami tidak buat.
“Jika kami menutupnya, orang di seluruh dunia akan terjejas. Kami ada masalah dengan Amerika Syarikat, tetapi kami tidak mahu masalah itu memberi kesan kepada negara lain atau pasaran global,” jelasnya.

Namun beliau menegaskan, situasi sekarang agak berbeza kerana pihak yang menyerang Iran bertanggungjawab atas kenaikan harga bahan api.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tetapi sekarang keadaannya berbeza. Jika seseorang menyerang rumah anda, kemudian mahu menggunakan selat anda, sudah tentu anda akan kata tidak,” ujarnya lagi.

Sumber: New Straits Times (Ahmad Mukhsein Mukhtar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd