Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kini Berwajah Baharu! Terminal Utama Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Beroperasi Hari Ini

Terminal Utama Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Terminal utama yang juga berfungsi sebagai balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa memulakan operasinya hari ini, menandakan langkah penting dalam meningkatkan kemudahan penerbangan di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata, semua urusan pelepasan penerbangan selepas ini perlu melalui tingkat atas terminal.

Terminal Utama Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

“Alhamdulillah, hari pertama puasa menjadi hari pertama mulanya beroperasi LTSIP.
“Dari parkir hingga ke bangunan terminal utama sudah boleh digunakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Menurut laporan sebelum ini, LTSIP dijangka beroperasi dengan kapasiti penuh bermula 5 Mac ini selepas pembinaan terminal baharu fasa dua siap bulan depan.

Artikel lain: “Kawe Banggo!”- ISS Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa, Tawan Perhatian Rakyat Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Saizol Ismail berkata, operasi penuh sepatutnya bermula minggu lepas, namun ditangguhkan akibat masalah teknikal sistem tali sawat bagasi.

Selain itu, terminal baharu turut bersedia menerima penerbangan antarabangsa hujung tahun ini, susulan terminal fasa satu beroperasi secara rasmi pada 1 Mei 2024 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersetuju projek penambahan landasan sejauh 400 meter bagi membolehkan LTSIP dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, sekali gus memudahkan penerbangan umrah dan haji terus ke Arab Saudi.

Sumber: FB Dato’ Dr Izani Husin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki dipercayai mempunyai hubungan beranak bapa-anak ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan dikerat dan dibuang di...

Bisnes

Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila melonjak ke paras tertinggi baharu 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, hampir menyamai paras tertinggi dalam tempoh...

Sosial

Polis mengesahkan insiden video tular memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki di Kampung Sungai Jernih, Kajang pada...

Spotlight

Pelakon bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh terus mencipta sejarah apabila bakal diabadikan namanya di Hollywood Walk of Fame, antara penghormatan paling...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd