Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Letupan Di Nilai: Terlantar Di Hospital, ‘Ayang’ Mengaku Tidak Bersalah

Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai ‘Ayang’ yang berdepan lima pertuduhan berkaitan pembuatan peranti letupan buatan sendiri (IED) dilaporkan mengalami sesak nafas semasa pertuduhan dibacakan ke atasnya hari ini.

‘Ayang’ mengaku tidak bersalah

Menurut laporan Buletin TV3, Yeoh Hock Sun, 63, yang sedang terlantar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

'Ayang'

Foto: Media sosial

Sebelum prosiding bermula, Surita, Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni serta beberapa jurubahasa tiba di pekarangan wad HTJ pada jam 9.45 pagi, diiringi pihak polis.

Prosiding dimulakan sekitar jam 9.50 pagi, namun terpaksa ditangguhkan kira-kira 20 minit apabila Yeoh tiba-tiba mengadu tidak boleh bernafas.

Pakar perubatan bertugas segera memberikan rawatan dan prosiding disambung semula pada jam 10.15 pagi setelah keadaan tertuduh disahkan stabil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, Yeoh didakwa melakukan khianat menggunakan bahan letupan sehingga merosakkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi L200 Triton, milik seorang lelaki berusia 47 tahun.

'Ayang'

Foto: BH Online

Kesalahan itu dilakukan pada di kawasan parkir Blok A, Pangsapuri Desa Palma, Nilai pada 22 Disember 2025 jam 5.55 pagi,

Kesalahan dikategorikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Artikel lain: Peranti Buatan Sendiri Punca Berlaku Letupan Di Kawasan Pangsapuri

Sementara itu, Yeoh juga didakwa memiliki bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan anggapan dia berniat menggunakannya untuk mencederakan orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
'Ayang'

Foto: Bernama

Tiga pertuduhan berkaitan milikan bahan letupan itu berlaku pada hari yang sama, antara jam 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam, di unit Pangsapuri Desa Palma, dalam sebuah Proton Wira di kawasan Star Valley, Nilai, dan di tepi jalan utama Kampung Batang Benar, Mantin, Nilai.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan sebatan.

Selain itu, Yeoh turut menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 4 akta yang sama iaitu menggunakan bahan letupan jenis IED dengan niat jahat untuk mencederakan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan sebatan.

Tiada jaminan ditawarkan oleh pihak pendakwaan dan mahkamah menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Buletin TV3 (Ahmad Hasbi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd