Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Terima Kasih Masih ingat..”-Keisuke Honda Terharu, Disambut Meriah Di Piala Dunia 2022

Bekas pemain bola sepak Jepun, Keisuke Honda meluahkan rasa terharu apabila kehadirannya di Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Honda, dilihat sedang berjalan di sekitar kawasan perlawanan, namun kehadirannya di situ mendapat sambutan ramai apabila peminat berpusu-pusu bergambar dengannya.

@kskhonda1

Thank you for remember me🇶🇦🇯🇵

♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Jung Kook & BTS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melihat kepada sambutan tersebut, Honda yang juga pemain terbaik Asia suatu ketika dahulu teruja dan bersyukur apabila peminat masih ingat akan dirinya.

“Terima kasih kerana ingat saya,”tulisnya ringkas di ruangan hantaran di aplikasi TikTok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kehadiran Honda ke Qatar adalah bagi melihat dan memberikan sokongan kepada pasukan Jepun sewaktu menentang Jerman serta Costa Rica.

Terdahulu, Honda pernah dilaporkan tidak menerima gaji dalam peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja dan tindakan itu dipercayai dilakukan secara sukarela bagi membantu struktur pasukan bola sepak negara berkenaan.

Sekadar info, Honda telah menjaringkan gol ketika beliau beraksi di Jepun bersama Nagoya Grampus dan Australia bersama Melbourne Victory.

Selain itu, beliau juga pernah menjaringkan gol di Eropah ketika menyarung jersi AC Milan dan CSKA Moscow selain menjaringkan gol di Amerika Utara (Pachuca) dan Amerika Selatan (Botafogo).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, antara benua yang belum dijelajah oleh Honda ialah benua Afrika dimana beliau hanya menjaringkan gol ketika beraksi bersama Jepun dalam temasya Piala Dunia dan bukan bersama kelab di benua itu.

Sumber: TikTok @kskhonda1, Instagram @keisukehonda

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Akaun media sosial milik pelawak kelahiran Malaysia, Uncle Roger telah digantung oleh pihak berkuasa China selepas bergurau senda mengenai Beijing dan menjadikan isu Taiwan...

Dunia

Selain di Malaysia, negara jiran, Indonesia juga sedang dilanda ‘demam’ Coldplay apabila masing-masing masih heboh bercerita tentang konsert band dari United Kongdom itu yang...

Spotlight

Bekas isteri kepada penyanyi Indonesia, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka difahamkan telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain kelmarin. Belum setahun menjanda Menerusi...

Spotlight

Konsert dari band terkenal British, Coldplay yang bakal berlangsung pada November buat julung kalinya telah mendapat pelbagai respon termasuklah mereka yang membantah pengajurannya. Sedar...

Advertisement