Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tebing Terusan Sungai Korok Perlu Ditinggikan, Tanam Buluh Kurangkan Risiko Kemalangan – MB Kedah

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan supaya tebing terusan Sungai Korok ditinggikan dan tanam buluh madu bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Menurut laporan Harian Metro, pandangan itu dilontarkan susulan kejadian yang menimpa enam sekeluarga yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki mangsa tenggelam di dalam sungai tersebut.

Jelas Sanusi, selain pemasangan pagar dan lampu jalan, pokok buluh tersebut boleh menjadi penahan untuk menggelakkan mana-mana kenderaan terjunam ke dalam sungai.

Tebing terusan Sungai Korok

Tebing terusan Sungai Korok

“Saya sudah melawat keluarga mangsa. Terusan itu di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan jalan tepinya lurus. Ada dicadangkan supaya diletak pagar penghadang.
“Tapi saya cadangkan juga supaya tanam buluh sebagai menjadi penahan dan landskap. Saya akan cadangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara ini,” katanya

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Penyerahan Kunci Mutiara Bandar Puteri Jaya Fasa 7, di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain ciri-cirinya yang lebih kukuh untuk dijadikan sebagai penghadang, Sanusi berkata kos untuk buluh madu tersebut adalah jauh lebih murah berbanding memasang pagar penghadang.

“Kos pasang pagar penghadang sejauh satu kilometer (km) boleh cecah RM400,000. Kalau nak pasang sepanjang 15 km, maka sudah cecah RM6 juta.
“Jika tanam buluh kita tanam, mungkin lambat sikit hendak matang, tapi kalau pasang pagar penghadang pula, kalau tak ada duit, lagi lambat pasang atau mungkin tak jadi langsung,” katanya.

Katanya lagi, cadangan tersebut akan dikemukan kepada JKR dalam masa terdekat memandangkan tidak semua kawasan sesuai untuk dipasang pagar penghadang.

Artikel lain: Tragedi Enam Beranak: Ada Aduan, JHEAIK Pantau Kubur Elak Unsur Khurafat

Bina tembok tanah

“Ada kawasan tertentu yang tanahnya masih luas, sesuai tanam buluh. Tapi kalau kawasan sempit dan berisiko, mungkin kena pasang pagar penghadang juga.
“Jadi kita kena tengok keperluan dan kemampuan juga sebelum boleh pasang,” katanya.

Beliau juga turut mempertimbangkan cadangan lain daripada pihak tertentu yang memohon agar tembok tanah dibina di pinggir sungai kerana ia membolehkan kenderaan berhenti dengan berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau buat tebing tanah di tepi jalan, dengan kelajuan 50 km sejam pun tak sempat jatuh sungai, dia akan berhenti dekat tembok tu. Itu pun salah satu cadangan yang kita akan pertimbang.
“Kita bagi cadangan berdasarkan keupayaan kewangan. Tapi memang ada keperluan. Ini untuk keselamatan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk memasang lampu jalan di sepanjang lalun berhampiran Sungai Korok dan membina pagar penghadang susulan kejadian yang menimpa enam sekeluarga pada Isnin.

Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd