Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

UTAR, TAR UMT Sedia Tawar Biasiswa Penuh Kepada Pelajar STPM Cemerlang

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) bersedia tawar  biasiswa penuh kepada Edward Wong, pelajar cemerlang STPM yang gagal mendapat tempat dalam kursus perakaunan di Universiti Malaya (UM) melalui laluan UPU.

tawar biasiswa penuh

Tawar biasiswa penuh, tapi Wee anggap bukan penyelesaian

Menerusi kenyataan dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan tawaran tersebut tidak harus dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah sebenar yang menimpa Wong.

“Beliau rasa ini adalah hak perlembagaannya. Dengan keputusan sebegini, beliau sepatutnya layak masuk ke universiti terbaik dalam negara. Kenapa beliau tidak boleh perjuangkan haknya? Saya hormati pendiriannya,” katanya pada sidang media.

Tawar biasiswa penuh buat pelajar walau tak masuk UM

Wong  memperoleh CGPA 4.0 dan pencapaian kokurikulum 99.9%, namun tetap gagal mendapat tempat dalam kursus perakaunan UM.

Jadi, Wee bimbang situasi ini akan menyebabkan Malaysia kehilangan bakat terbaik jika Wong menerima tawaran dari universiti luar negara.

“Bila-bila masa sahaja, beliau akan dapat lebih banyak tawaran. Tetapi adakah anda sanggup lihat Singapura tarik orang-orang sebegini ke sana? Saya rasa ini bukan caranya,” katanya.

Dakwa proses UPU sudah rosak

Sebelum ini, Wee mendedahkan Wong gagal mendapat tempat di UM walaupun memperoleh keputusan cemerlang dan menyifatkan proses UPU sebagai ‘rosak’ dan ‘tidak adil’.

Beliau turut menjelaskan Wong sebenarnya diterima ke kursus perakaunan UM melalui pengambilan terbuka, tetapi dengan yuran RM83,800 iaitu hampir 10 kali ganda lebih tinggi berbanding RM8,300 melalui laluan bersubsidi UPU.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tak Masuk UM Bukan Penamat, Tapi Permulaan Rezeki – Lelaki Cina Kongsi Kisah Inspirasi

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam kenyataan berkata Wong berada pada kedudukan ke-1,129 daripada 2,291 pemohon yang layak ke UM, sedangkan hanya 85 tempat ditawarkan untuk kursus perakaunan di universiti tersebut tahun ini.

Sebagai alternatif, Wong ditawarkan tempat dalam program ijazah sarjana muda pengurusan dengan kepujian di sebuah universiti penyelidikan terkemuka, iaitu pilihan kelimanya.

Sumber: Facebook Wee Ka Siong

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd