Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

TalentCorp, Yayasan Peneraju Tingkatkan Kemahiran Digital Bumiputera

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Yayasan Peneraju memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pembangunan bakat Bumiputera dalam industri digital dan sektor pertumbuhan tinggi.

Kerjasama TalentCorp-Yayasan Peneraju

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha menyokong agenda pembangunan tenaga kerja nasional di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

TalentCorp

Foto: (Dari kiri) Naib Presiden Eksekutif, Operasi Yayasan Peneraju, Kama Bistari Muhammad; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Edward Ling dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TalentCorp, Siva Kumeren A. Narayanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Edward Ling berkata, kerjasama ini mencerminkan komitmen untuk memastikan pembangunan bakat yang lebih berkualiti, relevan, dan memberi impak nyata kepada pasaran buruh.

“Sebagai badan pemikir strategik KESUMA, peranan TalentCorp adalah untuk menghubungkan risikan kemahiran, penglibatan majikan, dan pengaktifan tenaga kerja.
“Melalui platform seperti MyMahir, kami akan terus memastikan program pembangunan kemahiran selari dengan permintaan industri, khususnya dalam sektor digital dan berasaskan teknologi yang kritikal untuk daya saing Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MoU ini menandakan kerjasama strategik beberapa tahun antara kedua-dua pihak untuk membentuk, melaksana, dan memperluas program pembangunan bakat yang dipacu industri, dengan tumpuan kepada sektor digital, kecerdasan buatan (AI), teknikal, dan profesional.

Kejayaan kerjasama rintis pada tahun 2025 menunjukkan keberkesanan model ini dengan 159 peserta Bumiputera berjaya dilatih dan ditempatkan dalam pekerjaan dengan gaji permulaan mencecah RM5,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata, kerjasama ini memperkukuh mandat Yayasan Peneraju dalam membina keupayaan Bumiputera untuk menyokong penyertaan ekonomi jangka panjang.

“Fokus utama Yayasan Peneraju adalah untuk membangunkan dan menyalurkan 10,000 bakat Bumiputera ke dalam laluan kepimpinan dan sektor berpertumbuhan tinggi.
“Melalui kerjasama dengan TalentCorp, kami dapat menyatukan pembiayaan, pembangunan kemahiran dan penglibatan majikan dalam satu ekosistem bersepadu yang menterjemahkan latihan kepada kemajuan kerjaya yang mampan,” katanya.

Selain pembangunan kemahiran dan penempatan kerja, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama dalam penyelidikan, kepimpinan pemikiran, dan risikan kemahiran, disokong oleh struktur tadbir urus bersama bagi memantau pelaksanaan program, penjejakan hasil serta penambahbaikan berterusan.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd