Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Sekadar Bantuan, Tabung Pahlawan Inisiatif Kesedaran Hargai Jasa Veteran ATM

Kempen Tabung Pahlawan (KTP) disifatkan sebagai satu inisiatif penting yang bukan sahaja membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari segi kebajikan, tetapi juga memberi suntikan semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.

Tabung Pahlawan inisiatif kesedaran hargai jasa veteran ATM

Bagi Pengerusi Veteran 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Mohamad Faisal Zainul Abidin, 54, kesinambungan kempen ini amat bermakna kerana ia memberi ruang kepada masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga ATM yang telah menabur bakti kepada negara.

“Alhamdulillah, saya amat mengalu-alukan usaha ini. Ia satu langkah terbaik bagi menghargai para veteran yang telah berkhidmat untuk negara. Bagi kami, Tabung Pahlawan bukan sekadar kutipan dana, tapi simbol penghargaan dan kasih terhadap pengorbanan yang telah kami lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Borak Daily selepas Majlis Peluncuran KTP 2025-2026 di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Tabung Pahlawan

Mohamad Faisal

Menurut Mohamad Faisal, antara bentuk bantuan paling berkesan hasil daripada inisiatif Tabung Pahlawan ialah bantuan kewangan dan perubatan yang mampu meringankan beban pesara berdepan masalah kesihatan dan kos sara hidup tinggi.

“Kebanyakan veteran sekarang berusia 50 tahun ke atas. Ramai hidapi penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, atau kencing manis.
“Jadi bantuan Tabung Pahlawan ini sangat membantu bukan sahaja dari segi kewangan, tapi juga memberi harapan untuk mereka terus bertahan dan mara ke hadapan,” ujarnya.

Bagi Pengarah Urusan Kamatech, Kapten Kamarudin Noor (Bersara), 68, bentuk bantuan paling memberi kesan adalah dari segi kewangan yang merupakan sokongan paling segera dan efektif dalam meringankan beban veteran memerlukan.

“Bantuan kewangan ni yang paling berkesan, sebab keperluan setiap orang berbeza. Ada yang perlukan kerusi roda dan sebagainya,” katanya.
Tabung Pahlawan

Kamarudin (dua hari kanan) menyumbang sebanyak RM50,000 untuk KTP

Selain itu, beliau yang kini mengusahakan perniagaan bengkel penyelenggaraan kenderaan melalui Kamatech turut berhasrat untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada veteran ATM.

“Saya nak manfaatkan pengalaman mereka dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Ramai veteran bersara pada usia muda, sekitar 38 atau 39 tahun, masih kuat dan berdisiplin tinggi.
“Jadi kita boleh ambil mereka bekerja semula , bukan sahaja membantu mereka dari segi pendapatan tapi juga menyambung kesinambungan kepakaran yang mereka bawa dari dalam perkhidmatan,” kata Kamarudin.

Seorang lagi veteran, Leftenan Kolonel Wong Ah-Jit (Bersara), 75, berkongsi cerita, selepas bersara daripada perkhidmatan, beliau tidak berdepan kesukaran menyesuaikan diri dalam kehidupan awam kerana penglibatannya yang lama dalam dunia sukan kebangsaan khususnya sukan skuasy.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya terlibat dengan Majlis Sukan Negara. Sukan saya ialah skuasy, saya latih Nicol David sejak dia berusia enam setengah tahun sampai jadi juara dunia.
“Saya juga terlibat bantu atlet badminton seperti Datuk Lee Chong Wei semasa Olimpik London 2012 atas permintaan Datuk Seri Azalina Othman Said (ketika itu Menteri Belia dan Sukan),” ujarnya sambil tersenyum mengenang pengalaman itu.
Tabung Pahlawan

Ah-Jit

Pada masa yang sama, Presiden Veteran Tentera Malaysia Kaum Cina (MACVA) itu menzahirkan harapan agar lebih banyak perhatian dan pengiktirafan diberikan kepada veteran yang berkhidmat semasa era Darurat 1950-an hingga 1989 yang disifatkannya sebagai antara kumpulan paling banyak berkorban demi keamanan negara.

“Ramai antara mereka dulu masuk hutan, keluar hutan, ada yang cedera, ada yang terkorban. Tanpa mereka, Malaysia takkan seperti sekarang. Dalam negara lain macam United Kingdom atau Australia, masyarakat hargai wira mereka,” kongsi Ah-Jit.

Artikel lain: Kempen Tabung Pahlawan Bantu Ringankan Beban Keluarga Veteran ATM – Khaled

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengiktirafan terhadap sumbangan veteran ATM bukan sekadar simbolik, tetapi merupakan tanggungjawab moral dan sosial seluruh rakyat Malaysia bagi menzahirkan nilai-nilai Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, hormat dan ihsan.

“KTP bukan sekadar satu acara tahunan, tapi sebagai satu gerakan yang menyemai sifat keprihatinan rakyat terhadap kebajikan perwira negara kita.
“Ia menunjukkan slogan Malaysia MADANI bukannya satu konsep kosong, tetapi benar-benar dijiwai dan dizahirkan melalui tindakan,” kata beliau ketika berucap pada majlis berkenaan.

Tabung Pahlawan

Dalam majlis itu, Mohamed Khaled turut mengiringi Penaung KTP, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail bagi menyempurnakan sesi peluncuran KTP 2025-2026.

Tabung Pahlawan

Kempen ini menjadi lambang penghargaan berterusan rakyat Malaysia terhadap jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan negara tanpa mengira penat lelah, malah ada yang gugur di medan tempur atau menanggung kecederaan kekal sepanjang hayat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bertemakan “Satu Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku”, KTP berfungsi sebagai tabung bantuan kecemasan khas bagi membantu komuniti veteran ATM yang memerlukan sokongan tambahan dalam keadaan tertentu di mana bantuan kerajaan tidak dapat disalurkan secara langsung.

Mohamed Khaled berkata, sehingga kini sebanyak RM2.19 juta berjaya dikutip dan bagi kempen tahun ini, sasaran kutipan ditetapkan sebanyak RM3 juta hasil sumbangan orang ramai, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya amat yakin, dengan kerjasama erat antara masyarakat awam, pihak kerajaan, warga korporat, NGO dan individu-individu yang prihatin, in shaa Allah, kita akan mencapai sasaran ini dengan jayanya,” ucap beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk KTP.

Dana tersebut akan digunakan untuk keperluan seperti bantuan sara hidup, rawatan perubatan, pendidikan anak-anak veteran serta bantuan kecemasan lain.

Tabung Pahlawan

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan korporat daripada pelbagai organisasi termasuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Destini Prima Sdn. Bhd., Peluang Kristal Sdn. Bhd., PETRONAS, MBSB Bank Berhad, Desatera Sdn. Bhd., Malkraine Sdn. Bhd., Affin Bank Berhad, Rasumi Medipharma Sdn. Bhd., Kamatech Automotif & Engineering Sdn. Bhd. dan Affin Islamic Bank Berhad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tabung Pahlawan

Malah, turut diadakan sesi pertukaran tiga Nota Kerjasama antara Yayasan Veteran ATM (YVATM) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bersama Focus Point Vision Care Group, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Klinik Dr. Zulfikar bagi memperkukuh aspek kesihatan mata, rawatan perubatan dan pembangunan sosioekonomi veteran ATM.

Tabung Pahlawan

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar; Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali; panglima-panglima perkhidmatan, pegawai kanan ATM selain wakil persatuan serta penyumbang-penyumbang KTP.

Tabung Pahlawan

Untuk makluman, pelbagai aktiviti amal telah dirancang bagi memperkukuh kesedaran awam dan sokongan kepada kempen ini termasuk Pertandingan Pancing Amal, MyWarrior Run, Pertandingan Golf Amal serta penjualan barangan promosi rasmi kempen.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan boleh berbuat demikian melalui beberapa kaedah yang disediakan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumbangan boleh dilakukan dengan membuat bayaran dalam talian ke akaun Tabung Rayuan Hari Pahlawan (Affin Islamic Bank Berhad – 1059 5000 3201), membeli bahan promosi seperti t-shirt dan mug, menyalurkan sumbangan terus ke tabung fizikal KTP, atau dengan menyertai aktiviti amal anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM).

Bagi memudahkan orang ramai, sumbangan juga boleh dibuat dengan mengimbas kod QR seperti yang tertera di bawah.

Tabung Pahlawan

Tabung fizikal KTP turut ditempatkan di stesen minyak BHP terpilih, lobi Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan beberapa lokasi strategik lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd