Suspek yang terlibat dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah di Bandar Utama dipercayai mendapatkan senjata tajam yang digunakan dalam insiden itu melalui pembelian dalam talian.
Menurut laporan Buletin TV3, perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, yang menjelaskan bahawa suspek membeli pisau dan kerambit itu sendiri dan telah memiliki kedua-dua senjata tersebut sejak beberapa lama.
Suspek beli senjata dalam talian

Foto: Sinar Harian
Menurut beliau, pisau berkenaan merupakan senjata yang digunakan untuk mencederakan mangsa dalam kejadian yang berlaku semalam.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mengesahkan suspek tidak pernah meluahkan rasa cinta kepada mangsa sebaliknya hanya memendam perasaan.
Artikel lain: Kes Tikam Di Sekolah: Pelajar Lelaki Direman Tujuh Hari
Susupek tak pernah luah perasaan
“Setakat siasatan hingga kini, kita percaya suspek mempunyai perasaan kepada si mati tapi tidak dikongsikan kepada si mati.
“Ini lebih kepada memendam perasaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Beliau turut menjelaskan kedua-dua remaja itudipercayai tidak pernah berinteraksi antara satu sama lain memandangkan mereka berlainan kelas dan umur.
Semalam, negara dikejutkan dengan berita seorang pelajar tingkatan empat maut ditikam oleh pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi.
Berita lanjut akan menyusul.
