Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Sultan Selangor Cadang 23 Aktivis GSF Bukukan Pengalaman Sewaktu Ditahan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencadangkan 23 aktivis Sumud Nusantara Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) menulis dan membukukan pengalaman mereka untuk dijadikan rujukan buat orang awam.

Cadang bukukan pengalaman ketika ditahan

Cadang bukukan pengalaman ketika ditahan gsf sultan selangor

Menerusi kenyataan Selangor Royal Office, baginda berkenan menzahirkan kesyukuran atas kembalinya kesemua aktivis Malaysia ke tanah air dengan selamat dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan dan keperluan harian kepada rakyat Gaza.

“Baginda telah mengikuti rapat perkembangan gerakan flotilla ini, dan prihatin dengan nasib yang menimpa mereka apabila ditahan oleh rejim Zionis Israel di perairan antarabangsa semasa menuju ke Gaza.
“Baginda amat menghargai dan kagum dengan usaha serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh 23 aktivis Malaysia yang terlibat, serta kesemua misi sukarela yang dikendalikan oleh GSF, demi membantu rakyat Palestin yang masih ditindas oleh rejim Zionis.
“Baginda turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya menguruskan pembebasan kesemua aktivis dari Malaysia dengan segera, hasil kerjasama kerajaan Turkiye.
“Sebagai rujukan dan pedoman kepada rakyat Malaysia, baginda berkenan untuk mencadangkan kepada 23 aktivis sukarelawan terlibat agar menulis dan menggabungkan pengalaman perjalanan mereka di dalam sebuah buku, khususnya pengalaman ketika dalam tahanan rejim Zionis,” demikian titah baginda hari ini.

Sehubungan itu, baginda berharap usaha murni yang dilakukan ini dapat memberi kesedaran mengenai penindasan yang dilakukan oleh Israel biarpun bantuan kemanusiaan tidak berjaya disalurkan.

“Baginda berharap usaha-usaha yang dilakukan oleh GSF akan terus membuka mata dunia dan menyedarkan semua pihak mengenai penindasan dan kekejaman sebenar yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel ke atas rakyat Gaza,” terangnya.

Artikel lain: Apa Kita Buat Restu Mak Ayah Paling Utama, Doa Mereka Menembusi Langit -Haroqs

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, semua 23 sukarelawan warga Malaysia yang dibebaskan selepas ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) pada Selasa.

Hasil semakan mendapati pesawat Emirates EK342 dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang membawa kumpulan aktivis berkenaan sudah mendarat sekitar jam 10.07 malam.

Difahamkan, GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara yang belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, selain membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, susu dan ubat-ubatan kepada penduduk di wilayah itu.

Sumber: Facebook Selangor Royal Office

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Nasional

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai keseluruhan RM11.4 juta merangkumi wang tunai, jam tangan mewah, emas serta kenderaan mewah berhubung siasatan kes...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd