Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tegaskan Hubungan Suka Sama Suka Bawah Umur Tetap Kes Rogol

Polis mengesahkan kejadian rogol membabitkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah Baling dipercayai berlaku di beberapa lokasi berasingan, termasuk di dalam kelas dan ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati mangsa melakukan perbuatan itu bersama empat suspek secara berasingan.

“Kejadian dipercayai berlaku dalam kelas pada waktu petang kerana sesi pembelajaran hanya dijalankan pada sebelah pagi.
“Pada waktu petang kelas kosong, dan ketika itulah perbuatan itu dilakukan. Selain itu, kejadian turut berlaku di ladang kelapa sawit, namun bukan pada masa yang sama,” katanya

rogol

Menurut beliau, kejadian rogol itu dipercayai berlaku sekitar April lalu, dan seorang daripada suspek berusia 17 tahun merupakan teman lelaki mangsa.

Artikel lain: Pelajar Terlibat Rogol Berkumpulan Dalam Kelas Didakwa Seksyen 375B Dan 377B KK – AGC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daripada empat suspek, seorang adalah bekas pelajar yang telah dibuang sekolah, manakala tiga lagi masih bersekolah di sekolah sama.

“Polis turut merampas beberapa telefon bimbit dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat video seksual membabitkan mangsa, namun ia hanya memaparkan perlakuan tidak bermoral.
“Walaupun dilakukan atas dasar suka sama suka, mangsa masih di bawah umur dan perbuatan itu tetap dikira sebagai rogol. Kanak-kanak bawah umur tidak boleh dianggap cukup matang untuk memahami akibat perbuatan tersebut,” tegasnya.

Beliau berkata, siasatan mendapati video berkenaan tidak dijual tetapi hanya dikongsi secara peribadi, termasuk oleh mangsa sendiri.

“Polis menggesa semua pihak termasuk pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat supaya lebih peka serta bekerjasama dalam menangani isu seperti ini,” ujarnya.
rogol

Foto: Carian Google

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak berkaitan penyebaran pornografi kanak-kanak.

Beliau turut memuji tindakan pantas guru disiplin sekolah yang segera memaklumkan kepada ibu mangsa sebelum laporan polis dibuat, membolehkan tangkapan dilakukan dengan segera.

Terdahulu, media melaporkan empat remaja termasuk tiga pelajar sekolah ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah yang kemudian tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd