Tular perkongsian seorang wanita yang memuat naik kisah suami sakit curang ketika lelaki itu sedang ditahan di sebuah hospital akibat mengalami masalah jantung.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita bernama Uning Robiyanti telah berkongsi bahawa dia mendapati suaminya telah berlaku curang ketika lelaki itu sedang ditahan di hospital.
Suami sakit curang ketika di wad
Menurut Uning, suaminya ditahan di sebuah bilik bersama tiga lagi pesakit lain dan salah seorang daripada penghuni bilik itu seringkali menyelak tirai di katil si suami.
“Satu bilik empat orang pesakit, ada seorang mak cik ni kalau lalu katil suami dia suka selak tirai dan intip suami saya.
“Suami saya suruh rapatkan semula tirai kerana kurang senang dengan tindakan mak cik itu. Saya tak curiga apa-apa,” katanya.
Ujar Uning lagi, dia hanya akan datang ke hospital sebanyak dua kali setiap hari iaitu pada pagi dan petang hari kerana terpaksa pulang ke rumah untuk menyusukan anak bongsu mereka.
Susulan itu, Uning mencadangkan agar anak pertama mereka menemani si suami pada waktu malam untuk membantu sekiranya dia perlukan apa-apa namun ditolak oleh si suami.
Suami sakit curang ketika di wad, dijaga skandal pada waktu malam
“Beberapa hari dirawat, suami minta bawa baju ganti yang elok, perfume, minta beli pencukur dan sabun muka. Saya tak mahu curiga, jadi saya fikir suami hanya mahu kelihatan bersih walaupun sedang sakit,” ujarnya.
Malah, Uning juga perasan bahawa setiap malam suaminya seringkali kelihatan ‘online’ di aplikasi WhatsApp walaupun sudah tengah malam.
“Malam-malam WhatsApp nampak online. Saya suruh tidur, jangan berjaga lewat tapi jawapannya sekejap atau sedang berbual dengan rakan,” katanya.
Artikel lain: Pak Cik Tolak Duit Influencer, Bantuan Kerajaan Dah Cukup – “PM Anwar Bagi RM600 Sebulan”
Rupa-rupanya, selama ini wanita simpanan suaminya akan datang ke hospital dan menemani si suami ketika Uning sudah pulang ke rumah.
“Patutlah mak cik itu suka selak tabir, dia hairan kenapa yang datang menjaga siang dan malam berbeza. Saya juga rasa yang mak cik tu sebenarnya nak bagitahu saya,” kongsinya.
Selepas kecurangan suaminya terbongkar, Uning terus diceraikan dua minggu selepas itu dan kini bekasnya itu kini secara terang-terang memaparkan hubungannya bersama wanita simpanan.
Sementara itu, Uning turut berkongsi bahawa sebelum ini bekas suaminya itu pernah tertangkap curang sekitar awal bulan puasa sebelum ini namun telah memohon maaf dan dimaafkan oleh wanita itu.
Makcik katil depan suka selak tirai, rupanya suami sakit curang ketika dalam wad
“Selepas raya, bekas suami selalu sakit dada dan akhirnya anak sulung bawa bapanya ke hospital. Saya datang ke hospital selepas tidurkan anak bongsu kami. Pada masa itu, kami dapat tahu bekas suami perlu ditahan di hospital.
“Awalnya, bila bekas suami tolak cadangan untuk anak sulung kami jaga waktu malam, saya terfikir mahu datang tanpa pemberitahuan tapi takut apa akan terjadi kalau ada wanita simpanan dia.
“Rupanya, selepas masuk hospital hubungan mereka semakin kuat. Dua minggu selepas itu, saya diceraikan pada ketika rumah tangga kami sedang membaik,” luahnya.
Sumber: Threads uning.robiyanti
