Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati, Didakwa Edar Ganja RM3.1 Juta

Sepasang suami isteri berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Khamis, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 67.75 kilogram (kg) dalam kejadian 11 Julai lalu.

Suami isteri edar ganja di tepi jalan

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Wan Muhammad Aziem Wan Mustafa, 31, dan isterinya, Wan Matraf Azlinda Wan Mat, 49, turut berdepan satu lagi pertuduhan berasingan iaitu memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 15.10 gram pada hari dan lokasi yang sama.

suami isteri

Foto: Sinar Harian

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias dan kedua-duanya hanya mengangguk faham. Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan utama, pasangan itu didakwa mengedar ganja di tepi jalan Padang Sembilan, kira-kira jam 4 pagi pada 11 Julai.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lima Termasuk Pasangan Suami Isteri Didakwa Edar Lebih 20kg Pil Kuda Di Kelantan

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, kedua-duanya didakwa memiliki methamphetamine mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 39A(1) akta sama serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Nor. Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 23 September untuk sebutan semula kes serta penyerahan laporan kimia. Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

suami isteri

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, laporan media memetik bahawa pasangan suami isteri itu diberkas polis selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik perniagaan ayam segar dan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing.

Kegiatan mereka terbongkar apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menyerbu lokasi kejadian dan merampas dadah bernilai RM3.1 juta di Jalan Padang Sembilan, Jalan Kuala Krai-Gua Musang, sekitar jam 4 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd