Nama Nurqueen Sayang Dinnie sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila beliau berkongsi momen istimewa di platform Threads yang memperlihatkan kejutan daripada suaminya, Syahir Fikri.
Suami hadiahkan kereta
Dalam video tersebut, Syahir yang berkahwin dengan Nurqueen pada 25 Mei lalu menghadiahkannya sebuah kereta Honda sebagai tanda penghargaan sempena hari graduasi isterinya pada Rabu.
Artikel lain: Hadiahkan Velfire, Usahawan Habiskan RM1 Juta Untuk ‘Birthday’ Anak Usia 11 Tahun
Kejutan itu nyata meninggalkan memori manis buat penerima Anugerah Sarjana Cemerlang (ASC) tersebut, dan dalam video berkenaan memaparkan detik Nurqueen yang jelas terkejut dengan hadiah istimewa itu.
Lebih meriah, kelihatan ramai yang berada di sekeliling bersorak dan memberikan tepukan sebaik sahaja beliau membuka mata untuk melihat hadiahnya, menambahkan lagi suasana penuh emosi dan keterharuan.
Nurqueen, yang baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana (Master) dalam bidang Sains Komputer, menyifatkan hadiah itu sebagai simbol penghargaan atas perjalanan akademiknya yang penuh cabaran.
Dalam kapsyen, dia meluahkan rasa terharu dengan hadiah tidak disangka itu daripada suaminya.
“Alhamdulillah, I’m truly speechless and still terkejut. Thank you so much to my husband, for the most unexpected surprise a car as my convo gift.” katanya.
Nurqueen turut menzahirkan rasa syukur kerana memiliki sistem sokongan yang kuat daripada kedua-dua belah keluarga serta suami yang sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh pengajian.
“Syukur for having such a strong support system, both my family and Syahir’s family, yang selalu ada to cheer on me through this journey. Couldn’t have done it without all of you,” tulisnya.
Menariknya, ini bukan kali pertama Nurqueen mencuri perhatian ramai. Sebelum ini, beliau pernah tular kerana keunikan nama tengahnya, Sayang, yang sering mencetuskan salah faham lucu, termasuk situasi pensyarah yang segan untuk memanggil namanya secara terbuka.
Kisah pasangan ini pantas menjadi perhatian ramai kerana dianggap simbol sokongan dan kasih sayang dalam perkahwinan muda mereka. Warganet juga membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar kebahagiaan mereka berkekalan.
Apa juga bentuknya, setiap pencapaian yang disambut dengan ikhlas pasti meninggalkan kenangan manis untuk dikenang, bukan sahaja bagi individu yang meraikannya, tetapi juga bagi mereka yang turut berkongsi dalam perjalanan itu.
Sumber: Threads @queenwrkrnn
