Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Kukuh Peranan Peneraju Tenaga Serantau, Sokong Penuh Deklarasi KL ASEAN 2045

Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaannya sebagai tonggak utama dalam pembangunan tenaga serantau apabila Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyokong penuh terhadap Deklarasi Kuala Lumpur (KL) ASEAN 2045: Masa Depan Bersama yang diumumkan hari ini.

Sokong penuh Deklarasi KL ASEAN 2045

Sebagai agensi peneraju dalam hal ehwal tenaga di peringkat Asia Tenggara, PETRA menyatakan sokongan penuh terhadap deklarasi tersebut yang memperluaskan kerangka kerjasama serantau dalam usaha membentuk sistem tenaga masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bahawa Malaysia melalui PETRA bersedia memainkan peranan lebih besar dalam menerajui peralihan tenaga yang adil dan berstruktur di peringkat ASEAN.

“Deklarasi ASEAN 2045 ini bukan sekadar komitmen politik, ia adalah pelan tindakan kolektif yang realistik dan berpandangan jauh.
“PETRA akan terus memimpin pelaksanaan kerangka strategik seperti ASEAN Power Grid dan Trans ASEAN Gas Pipeline bagi memastikan rantau ini bersedia menghadapi cabaran tenaga masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Deklarasi KL ASEAN 2045

Antara inisiatif utama yang akan dipacu PETRA termasuk ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2026-2030 yang menjadi dokumen induk kepada pelaksanaan sistem bekalan tenaga serantau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerangka ini menggariskan langkah-langkah ke arah sistem tenaga yang lebih inklusif dan berdaya saing, sejajar dengan sasaran jangka panjang menjelang 2045.

Artikel lain: Terima Sambutan Baik, PETRA Umum Tambah 100MW Lagi Kuota NEM Rakyat

Sementara itu Fadillah berkata, inisiatif seperti grid tenaga serantau dan kerjasama rentas sempadan akan mempercepatkan integrasi sistem tenaga serta memudahkan penggunaan tenaga boleh baharu secara meluas.

“Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan keterjaminan tenaga, malah membuka ruang perdagangan elektrik antara negara ASEAN, satu dimensi baharu dalam diplomasi tenaga,” ujarnya lagi.

Deklarasi KL ASEAN 2045

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen PETRA terhadap agenda ini selari dengan nilai-nilai yang didukung dalam kerangka Malaysia MADANI yang meletakkan kemampanan, inovasi dan kesejahteraan sebagai teras pembangunan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa yang kita laksanakan hari ini bukan hanya untuk Malaysia, tetapi untuk generasi ASEAN akan datang. Kita mahu membina sistem tenaga yang bukan sahaja bersih dan selamat, tetapi juga adil kepada semua,” jelasnya.

PETRA dijangka memainkan peranan utama dalam mempercepatkan pelaksanaan perjanjian penting seperti ASEAN Petroleum Security Agreement (APSA) dan Trans ASEAN Gas Pipeline Agreement (TAGP) yang akan menyediakan landasan bekalan tenaga alternatif secara progresif ke arah sistem rendah karbon.

Dengan langkah proaktif yang diambil, Malaysia melalui PETRA dilihat semakin kukuh sebagai pemacu utama dalam transformasi tenaga serantau yang bukan sahaja berimpak tinggi, malah berteraskan kerjasama dan perkongsian strategik.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan anak kandung menjadi antara ujian paling berat dalam hidup seseorang, khususnya bagi ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan realiti kehilangan zuriat yang pernah...

Politik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengesahkan pembelian sebanyak 15 buah kereta Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bagi tujuan kegunaan rasmi pentadbiran negeri dengan jumlah peruntukan...

Sosial

Keluarga pengantin ‘mat saleh’ mencuri tumpuan apabila telah hadir ke majlis perkahwinan di Malaysia dengan lengkap berpakaian tradisional sehingga menerima pujian. Keluarga pengantin masing-masing...

Sosial

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa hantaran di media sosial mesej perbualan tak senonoh tersebar antara seorang guru berstatus isteri dengan lelaki yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd