Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Signalman’ Maut Digilis Lori Tipper Di Tapak Pembinaan

Seorang pekerja tapak pembinaan maut dalam satu insiden tragik selepas digilis lori tipper ketika kerja penambakan tanah dijalankan di Mukim Tanjung Dua Belas, di Kuala Langat pada Khamis lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang bekerja sebagai signalman dipercayai sedang memberi arahan kepada pemandu lori untuk mengundurkan kenderaan sebelum terjatuh dan digilis tayar lori tersebut.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 3.35 petang, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Foto: Sinar Harian

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka menerima laporan insiden pada hari yang sama. Pegawai penyiasat telah dihantar ke lokasi kejadian pada keesokan harinya untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa berada di kawasan titik buta semasa lori sedang mengundur, sebelum terjatuh dan digilis.
“Susulan itu, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu kepada majikan bagi menghentikan serta-merta kerja penambakan tanah di tapak pembinaan berkenaan,” katanya.

Selain itu, Notis Larangan turut dikeluarkan kepada pihak majikan atas kegagalan menyediakan sistem kerja yang selamat dan kawalan pergerakan lori yang mencukupi di kawasan kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM500,000 jika disabitkan kesalahan.

Foto: Carian Google

JKKP turut mengingatkan bahawa majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan di tempat kerja. Mereka diwajibkan menjalankan penilaian dan kawalan risiko bagi mencegah kemalangan.

Kejadian seperti ini boleh dielakkan sekiranya garis panduan penilaian risiko seperti yang digariskan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) dipatuhi sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd