Pelakon terkenal Korea Selatan, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin akhirnya bakal melangsungkan pernikahan pada 20 Disember ini selepas sedekad bercinta.
Berita gembira itu disahkan agensi mereka, AM Entertainment, menerusi satu kenyataan rasmi pada Rabu.
Menurut agensi tersebut, pasangan itu memilih untuk melangkah ke fasa baharu selepas hubungan yang terjalin selama ini dibina atas dasar kepercayaan kukuh antara satu sama lain.
“Berdasarkan kepercayaan mendalam yang telah mereka bina sepanjang hubungan, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin berjanji untuk menjadi pasangan seumur hidup,” kata AM Entertainment.
Kim Woobin & Shin Min Ah Nikah 20 Disember Ini
Menurut kenyataan rasmi agensi berkenaan, majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup di Seoul dan ia hanya akan dihadiri keluarga, saudara terdekat dan rakan rapat kedua-dua belah pihak.
AM Entertainment turut memohon doa dan sokongan peminat buat pasangan berkenaan yang yang bakal memulakan lembaran baharu mereka sebagai suami isteri.
Artikel lain: Romantis Habis! Davika Hoorne Kini Isteri Ter Chantavit Selepas Tujuh Tahun Bercinta
Dalam kenyataan sama, agensi tersebut menambah bahawa kedua-dua aktor akan terus komited dalam kerjaya seni masing-masing serta berusaha membalas sokongan yang diterima daripada peminat sepanjang ini.
Pasangan popular itu mula menjalin hubungan sejak lebih 10 tahun lalu dan sering menjadi tumpuan peminat K-drama di seluruh dunia.
Untuk rekod, pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak 2015 dan semakin utuh apabila Woo Bin berdepan masalah kesihatan pada 2017.
Tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli itu!
Sumber: Naver










































