Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Shahrul Nasrun Jelaskan Dakwaan, Minta Hentikan Fitnah Terhadap Bakal Isteri

Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin tampil menjelaskan kedudukan sebenar berhubung dakwaan yang tular melibatkan dirinya dan bakal isterinya, susulan kontroversi baru-baru ini yang hangat diperkatakan di media sosial.

Shahrul Nasrun tampil jelaskan dakwaan

Shahrul Nasrun

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Shahrul menegaskan bahawa bakal isterinya yang dikenali sebagai Weween tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perkahwinan terdahulunya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa bakal isteri saya tidak ada kena-mengena dengan perkahwinan terdahulu saya.
Kami mula berkenalan pada bulan April 2025, dan hubungan kami hanya menjadi serius pada akhir bulan Mei 2025,” tulisnya pada Selasa.

Shahrul Nasrun

Sebelum ini, lelaki berusia 39 tahun itu direhatkan buat sementara waktu daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai Bendahari Pemuda BN susulan kontroversi yang timbul selepas pendedahan dibuat oleh bekas isterinya di media sosial.

Artikel lain: BN Sabah Yakin Mampu Atasi Masalah Air, Elektrik Dan Jalan Raya Dalam Tempoh Tiga Tahun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada Shahrul menumpukan perhatian terhadap urusan peribadi memandangkan isu berkenaan telah mencetuskan tumpuan ramai.

Shahrul Nasrun

Sementara itu, Shahrul turut menjelaskan bahawa Weween kini bekerja dengan penuh dedikasi sebagai duta kepada sebuah jenama tempatan, selain mengecam tindakan pihak tertentu yang cuba memboikot jenama tersebut tanpa asas kukuh.

“Tindakan sesetengah pihak yang cuba memboikot jenama tempatan tersebut seolah-olah seperti mentaliti kebencian yang tidak berasas kerana ini bukan budaya kita dan bukan nilai masyarakat yang matang.
“Nak boikot sampai tahap macam ‘level Yahudi’ tu untuk apa? Kita sepatutnya menyokong rezeki orang, bukan menjatuhkan tanpa sebab,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta agar masyarakat berhenti melabel atau menghina bakal isterinya dengan gelaran negatif seperti penyondol serta menegaskan bahawa setiap individu berhak mencari kebahagiaan masing-masing.

“Kami tidak perlukan pengesahan atau restu daripada netizen untuk terus hidup bahagia. Kalau tak boleh tengok orang lain bahagia, janganlah jadi netizen keyboard warrior. Hidup ini singkat, lebih baik kita doakan sesama manusia, bukan menanam kebencian,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Shahrul pernah mendirikan rumah tangga dengan pengusaha produk kecantikan, Fatin Amyera Zainal Abidin pada 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Shahrul Nasrun

Sumber: Instagram Shahrul Nasrun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Lokal

Seorang wanita yang dikenali sebagai Inspektor Sheila sekali lagi menjadi perhatian selepas tular satu rakaman video yang memaparkan dirinya didakwa menghalang tugas anggota polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd