Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sembilan Aktivis Malaysia Yang Ditahan, Dijangka Terbang Ke Turki Hari Ini

Sembilan aktivis kemanusiaan Malaysia yang sebelum ini ditahan tentera Israel ketika menyertai misi CVSembilan Rakyat Malaysia Dijangka Terbang Ke Turki (FFC) bersama Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dijangka berlepas ke Turkiye hari ini selepas hampir seminggu ditahan.

Sembilan aktivis Malaysia dilaporkan sihat

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar, pihaknya menerima maklumat awal daripada pusat kawalan FFC di Turkiye mengenai penerbangan khas dari Israel yang dijangka mendarat di Istanbul sekitar jam 3 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

aktivis malaysia

Foto: Sinar Harian

“Pesawat itu difahamkan membawa 95 aktivis daripada 22 negara dan berkemungkinan termasuk sembilan wakil Malaysia,” katanya.

Tambahnya, semua aktivis Malaysia dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil, namun pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi daripada Wisma Putra mengenai status sebenar mereka.

Artikel lain: FFCxTMTG: Aktivis Malaysia Dikasari, Diberi Layanan Tidak Berperikemanusiaan

Difahamkan, misi kemanusiaan tersebut melibatkan sembilan kapal yang dipintas tentera Israel pada Rabu lalu ketika menghampiri perairan Gaza, kira-kira 120 batu nautika dari zon kuning.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semua kapal dibawa ke Pelabuhan Ashdod, manakala 145 aktivis termasuk sembilan rakyat Malaysia kemudiannya dibawa ke Penjara Ketziot untuk siasatan lanjut.

aktivis Malaysia

Foto: Sinar Harian

Antara aktivis Malaysia terbabit ialah Ketua Misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, serta Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, wartawan Syafik Shukri Abdul Jalil, dan Ahli Lembaga Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Seorang lagi aktivis, Dr Maziah Muhammad, turut menyertai pelayaran itu menaiki kapal Umm Saad.

Kamarul Zaman dalam masa sama menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Turkiye yang terus membantu memastikan keselamatan kesemua aktivis terbabit.

Sumber: Berita Harian (Raja Noraina Raja Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd