Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selepas Pendaki Ditemui Maut, Dua Malim Gunung Ditahan – “Masuk Kawasan Tanpa Permit”

Dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan polis selepas kejadian seorang pendaki yang ditemui maut ketika mendaki di Gunung Liang, Muallim, Tanjong Malim, semalam.

Dua malim gunung ditahan

malim gunung

Foto: Media sosial

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari memaklumkan, dua individu berusia lingkungan 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) berhubung kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit.

Mohammad Azlin berkata,  kumpulan pendaki yang dibimbing oleh dua malim gunung terbabit hanya memperoleh permit memasuki hutan simpan dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memandangkan kumpulan itu memulakan pendakian di kawasan Bentong, Pahang.

“Kumpulan pendaki ini naik daripada sebelah Pahang di Bentong namun mereka turun di sebelah Perak di daerah Muallim.
“Jadi tangkapan terhadap dua malim gunung ini kerana mereka ada permit memasuki hutan simpan semasa di kawasan Pahang namun sebaliknya mereka turun dan memasuki kawasan hutan simpan di Perak iaitu sebelah Muallim.
“Jadi mereka memasuki kawasan hutan simpan di Perak tanpa permit. Tangkapan dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas kesalahan memasuki atau berada di kawasan hutan simpan tanpa permit atau kelulusan yang sah,” katanya hari ini.
malim gunung

Foto arkib

Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua malim gunung itu telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.

“Sepatutnya mereka turun di daerah yang sama tempat mereka naik untuk ianya tak menjadi kesalahan, tetapi bila kumpulan itu turun di sebelah Muallim (Perak), maka mereka dikira memasuki kawasan hutan simpan tanpa permit,” ujarnya.

Artikel lain: “Ini Gunung Terakhir Saya..”- Pendaki Malaysia Meninggal Dunia, Terjatuh Di Rinjani

Terdahulu, mangsa Mustaqqeem Mansoor, 34 ditemukan meninggal dunia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berkuasa pada jam 3.30 petang semalam di puncak Gunung Liang Barat, Muallim.

Advertisement. Scroll to continue reading.
malim gunung

Foto: Media sosial

Difahamkan, Allahyarham Mustaqqeem dilaporkan hilang ketika mendaki bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang pada 10 Oktober lalu sebelum dijadualkan turun di Gunung Liang di Perak.

malim gunung

Foto: Media sosial

Namun begitu, mangsa dikatakan mengalami sakit kaki dan berjalan perlahan ditemani seorang individu di Puncak Gunung Liang Barat pada jam 10.30 malam, 14 Oktober.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd