Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selepas Melawat Isteri Bersalin Di Hospital, Imam Maut Kemalangan

Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar, Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain, 37, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara dipandunya terbabas di KM 211.8 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan, di Manjung pada jam 4:30 petang, Selasa.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan, isterinya baru sahaja melahirkan cahaya mata di Hospital Seri Manjung, semalam.

Foto: Facebook Mior Imran

Kemalangan terbabit berlaku selepas mangsa melawat isterinya di hospital dan dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk menjemput anak yang lain di sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Mior Imran

“Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kembara terbabas ke kawasan ladang kelapa sawit di tepi Lebuhraya WCE.
“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Foto: Facebook Mior Imran

Operasi menyelamat yang disertai lapan anggota bomba itu ditamatkan jam 5.37 petang.

Foto: Facebook Mior Imran

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 petang.

Allahyarham juga adalah Guru Takmir Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seri Iskandar.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd