Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

AKM Dedah Tahap Cintakan Negara Pelajar Sekolah Pondok Di Kelantan Rendah

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mendedahkan tahap kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan pelajar sekolah pondok di Kelantan masih rendah, hasil pemantauan dan program turun padang yang dijalankan sebelum ini.

Pelajar Sekolah pondok kurang terdedah program kenegaraan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Pengarah AKM Pejabat Perdana Menteri Kelantan, Zuryati Zakaria, pihaknya mendapati kebanyakan pelajar pondok kurang terdedah kepada program kenegaraan kerana kebanyakan aktiviti seumpamanya hanya dijalankan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), MARA dan Jakim.

“Kami dapati kebanyakan pelajar pondok tidak terdedah kepada program kenegaraan. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti seumpama itu hanya dilaksanakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Justeru, AKM mengambil langkah turun padang ke pondok-pondok bagi memberi pendedahan dan menanam rasa kecintaan terhadap negara,” katanya.

AKM beri tumpuan khas kepada pelajar sekolah pondok

Beliau menyatakan AKM kini memberi tumpuan khas kepada sekolah pondok di seluruh Kelantan bagi memastikan pelajar memahami nilai kenegaraan dan prinsip Rukun Negara.

“Kita tidak mahu anak-anak pondok hanya tahu soal agama semata-mata, sebaliknya mereka juga perlu tahu tentang negara dan semangat kenegaraan,” ujarnya.

Zuryati turut menjelaskan bahawa ramai pelajar pondok mengetahui lagu Negaraku, namun tidak benar-benar menghayati maknanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka tahu lagu Negaraku, tetapi sekadar menyanyikannya tanpa menjiwai maknanya,” katanya.

sekolah pondok

sekadar gambar hiasan

Artikel lain: Kemungkinan Madrasah Tidak Berdaftar Di Kelantan Jadi Tempat Pengubahan Wang Haram – KP Kelantan

Menurutnya, pelajar pondok berpotensi menjadi ‘duta kecil negara’ apabila melanjutkan pengajian ke luar negara, justeru penting untuk mereka memahami semangat kenegaraan agar mampu membawa imej positif Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tambah beliau lagi, sambutan terhadap usaha AKM itu positif apabila beberapa sekolah pondok turut menyatakan minat untuk menyertai program kenegaraan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd