Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sejak Veteran ATM Jadi Warden, Tiada Lagi Pergerakan Pelajar Selepas 11.30 Malam

Empat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilantik sebagai warden asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut bertekad melaksanakan tugas dengan prinsip “kebijaksanaan dalam ketegasan” yang diterapkan ketika berkhidmat dalam tentera, lapor Harian Metro.

Bila veteran ATM jadi warden…

Mereka ialah Pegawai Waran (PW) II Sarjan Mejar Skuadron (B) Azman Zahari dari Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan; Flait Sarjan (B) Kamarul Azron Che Kamaruddin dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut; Sarjan (B) Rohaniza Wahab dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan; dan Bintara Kanan TNL (B) Rohayah Mohamed dari KD Pelandok, Lumut, Perak.

veteran ATM

Foto: Metro TV

Azman, 44, yang mewakili kumpulan itu menzahirkan penghargaan kepada MARA kerana memberi kepercayaan kepada veteran ATM untuk membantu menangani isu disiplin termasuk kes buli dalam kalangan pelajar.

“Dengan pengalaman luas dalam perkhidmatan tentera, kami akan melakukan yang terbaik dalam mencapai objektif projek,” katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Tugasan mereka bermula dari jam 10 malam hingga 7 pagi dengan pelaksanaan beberapa aktiviti khusus bagi menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar.

Bagaimanapun menurut Azman, pendekatan yang digunakan di MRSM tidaklah sama seperti dalam ketenteraan sebaliknya setiap arahan dan aktiviti disesuaikan dengan tahap serta status pelajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
veteran ATM

Foto: NST TV

“Dalam tentera kita dilatih dengan ketegasan dan kekerasan tetapi di sekolah kita bawa dalam cara lain.
“Kita kena berada dalam banyak karakter kerana semuanya seperti anak kita. Ada masa kita perlu tegas, ada masa kita perlu berlembut, ada masa kita anggap mereka sebagai kawan, ada masa kita anggap mereka sebagai anak.
“Tidak perlu guna kekerasan melampau, sebaliknya tegas secara halus, dan automatik mereka akan malu, segan serta menghormati kita.
“Tanpa disedari, disiplin tertanam dalam diri masing-masing. Apabila ada disiplin, pelajar) akan menghormati rakan, guru, orang lebih berusia termasuk ibu bapa dan keluarga,” ujarnya.

Artikel lain: Pelajar Lebih Berdisiplin, Warden Veteran ATM Tekad Tangani Buli

veteran ATM

Foto: BH TV

Sementara itu, bagi Kamarul Azron, 44, dia mendapati tahap disiplin pelajar meningkat selepas seminggu bertugas.

Berdasarkan perkongsian guru dan pengawal keselamatan, sebelum ini masih terdapat pergerakan pelajar di pekarangan asrama selepas jam 11.30 malam walaupun mereka sepatutnya berada di bilik masing-masing dengan lampu dipadamkan.

Namun, selepas kemasukan warden luar, keadaan itu tidak lagi berlaku.

veteran ATM

Foto: NST TV

Bermula jam 10 malam, taklimat diberikan selepas solat Isyak sebelum pemeriksaan dijalankan bagi memastikan hampir 600 pelajar mencukupi, kemudian dibenarkan pulang ke asrama pada jam 11 malam.

“Sekarang suasana malam selepas lampu dipadamkan sunyi, tidak ada bunyi suara bercakap atau melepak di kawasan asrama,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Zaid Salim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd