Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Sebahagian Tulisan Dalam Buku Bukan Ditulis Arwah, Dipercayai Orang Lain

Sebahagian Tulisan Dalam Buku Bukan Ditulis Arwah

Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh memberitahu Mahkamah Koroner bahawa sebahagian tulisan tangan dalam sebuah buku milik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipercayai bukan ditulis olehnya, sebaliknya oleh individu lain.

Saksi kedua prosiding itu berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap helaian kertas serta buku tulisan tangan sebelum perbandingan dibuat.

“Setelah perbandingan dilakukan, saya mendapati tulisan tangan yang dipertikaikan pada helaian ‘Y1’ hingga ‘Y7’ dan ‘Y9’ hingga ‘Y15’ menunjukkan persamaan yang signifikan dengan contoh tulisan tangan ‘SA’. Oleh itu, saya berpendapat ia ditulis oleh penulis contoh,” katanya.

Sebahagian Tulisan Dalam Buku Bukan Ditulis Arwah

Beliau berkata, penemuan sama turut diperoleh pada helaian bertanda ‘Y8’, selain dua lagi helaian ‘W1’ dan ‘W2’ yang didapati sepadan dengan tulisan tangan contoh.

Menurut Nurul Atiqah, penilaian lanjut terhadap buku tulisan tangan bertanda ‘W3’ mendapati ia mengandungi tulisan Zara Qairina serta individu lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi muka surat 3 hingga 6, 15 hingga 24, 38 hingga 45, 47 hingga 57, 65 hingga 72 dan 90 hingga 103, tulisan tangan dipertikaikan itu juga menunjukkan persamaan signifikan dengan penulis contoh.
“Namun, bagi muka surat 2, 7 hingga 14, 25 hingga 37, 46, 58 hingga 64 dan 73 hingga 89, ia menunjukkan perbezaan signifikan yang mencukupi. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan pada bahagian tersebut tidak ditulis oleh penulis contoh,” jelasnya.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Polis Sahkan Laporan Dr Jessie Hiu, Terima Ugutan Dari Netizen

Katanya, setelah selesai dianalisis, kesemua ekshibit dimasukkan semula ke dalam beg barang kes asal dan dimeterai kembali dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia.Nurul Atiqah, 44, yang berkhidmat di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, setakat ini telah menganalisis kira-kira 670 kes pemeriksaan dokumen dan daripada jumlah itu, kira-kira 120 kes melibatkan tulisan tangan.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd