Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sarawak Dijangka Muktamad Ambil Alih MASwings, Perkukuh Hubungan Udara Serantau

Sarawak dijangka memuktamadkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd menjelang 31 Dis ini, sekali gus menandakan pencapaian penting kerajaan negeri dalam usaha memperkukuh hubungan udara serantau melalui syarikat penerbangannya sendiri, AirBorneo.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Jerip Susil, berkata susulan pemeteraian perjanjian jual beli (SPA) antara AirBorneo Holdings Sdn Bhd dan Malaysia Aviation Group (MAG) Februari lalu, kedua-dua pihak kini berusaha memenuhi syarat terdahulu sebelum urus niaga itu dapat diselesaikan.

Sarawak dijangka

Sarawak dijangka

“Ini termasuk mendapatkan kelulusan kawal selia daripada pihak berkuasa penerbangan utama seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.
“Proses itu turut melibatkan pemindahan aset daripada MAG kepada AirBorneo dan persediaan bagi operasi peralihan lancar,” katanya dalam sesi soal jawab di sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Beliau menjawab soalan Wong Soon Koh (GPS-Bawang Assan) sama ada proses pengambilalihan MASwings sudah diselesaikan dan perubahan pemilikan itu akan menjejaskan operasi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).

Walaupun berlaku perubahan pemilikan, katanya, rangkaian RAS yang beroperasi untuk kawasan pedalaman serta kurang perkhidmatan di Sarawak dan Sabah dijangka mengekalkan jadual, kekerapan dan liputan sedia ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: TPM Fadillah Ke Thailand, Kukuh Kerjasama Tenaga Bersih & Air Mampan Demi Rakyat

Sarawak dijangka

“Semua petugas MASwings akan dikekalkan dan pengalaman mereka memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan operasi serta kesinambungan perkhidmatan semasa dan selepas proses peralihan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Wong, Jerip berkata, perjanjian interim RAS antara Putrajaya dan MASwings Sdn Bhd yang ditandatangani 19 Dis 2024 akan terus berkuat kuasa sehingga tamat tempoh 31 Dis ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Lee Kim Shin, pula berkata kerajaan negeri bersama AirBorneo sedang berunding dengan Kementerian Pengangkutan, agensi persekutuan berkaitan dan pihak berkepentingan lain bagi merangka terma serta syarat perjanjian baharu RAS.

Beliau berkata, ini bagi memastikan perhubungan udara di kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah diteruskan tanpa gangguan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perjanjian ini termasuk komitmen kerajaan persekutuan terus memberi subsidi kepada RAS kerana akan ada terma dan syarat baharu dengan AirBorneo,” katanya di luar sidang DUN.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Lokal

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah....

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd