Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Ringgit Dibuka Tinggi Pada 4.08 Berbanding Dolar AS, Tertinggi Hampir Lima Tahun

Ringgit dibuka tinggi pada paras 4.08 berbanding dolar AS pada pada Selasa, menandakan prestasi paling kukuh dalam tempoh hampir lima tahun, apabila keyakinan yang bertambah baik dalam ekonomi Malaysia memacu permintaan terhadap mata wang tempatan.

Menurut laporan Bernama, pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.0890/0970 berbanding dolar AS daripada 4.0930/0980 semasa ditutup semalam, kali terakhir paras itu dicatat pada 30 April, 2021 apabila ringgit ditutup pada 4.0870 berbanding dolar AS.

Ringgit dibuka tinggi

Ringgit dibuka tinggi

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peningkatan ringgit itu disokong oleh dolar AS yang lebih lemah dengan Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) susut 0.09 peratus kepada 98.309 mata.

Beliau berkata pasaran sedang menunggu pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) AS untuk bulan November malam ini, ia dijangka memberikan hala tuju lebih jelas mengenai prospek dasar monetari AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada asasnya, peniaga dan pelabur sedang melihat data penting yang akan datang untuk merangka petunjuk baharu ketika Rizab Persekutuan AS dilihat berbelah bahagi terhadap keputusannya baru-baru ini untuk menurunkan kadar dasar.
“Sehubungan itu, kami menjangkakan kadar pertukaran dolar AS/ringgit diunjur kekal pada paras semasa,” katanya kepada Bernama.

Artikel lain: Kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN Dorong Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka tinggi

Pada pembukaan, ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.4707/4814 daripada 5.4793/4860 ketika ditutup pada Isnin, melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.6374/6427 daripada 2.6410/6444 dan menambah berbanding euro kepada 4.8058/8152 daripada 4.8064/8123.

Unit tempatan juga diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1708/1772 daripada 3.1746/1787, menokok berbanding baht Thailand kepada 12.9826/13.0196 daripada 13.0201/0422, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 245.3/245.9 daripada 245.5/245.9 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 6.92/6.94 daripada 6.93/6.94 ketika ditutup semalam.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar....

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd