Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Restoran Pamer Alpaka Dan 22 Haiwan Lain Diserbu MBMB, Pemilik Didenda Lebih RM10,000

Sebuah restoran mi segera di Jalan Bunga Raya, Kampung Jawa di Melaka yang tular kerana menempatkan seekor alpaka serta haiwan lain hingga menimbulkan bau busuk akhirnya diserbu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam operasi tengah malam Isnin.

Menurut laporan Sinar Harian, serbuan kira-kira jam 12.00 malam itu diketuai sendiri Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

restoran

Pemilik premis berusia 31 tahun yang juga penduduk tetap (PR) Singapura diarahkan menutup restoran selama tujuh hari bagi kerja-kerja pembersihan menyeluruh.

Artikel lain: Restoran ‘Thai Hot Guys’ Dibuka Di KL? Netizen Bimbang Malaysia Kena Bencana

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pemilik turut dikenakan kompaun berjumlah RM10,250 iaitu RM10,000 di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 2001, manakala RM250 lagi kerana melanggar Undang-undang Kecil Petempatan Makanan (MBMB) 2020.

Menurut Shadan, tindakan drastik ini dibuat selepas MBMB menerima aduan berhubung restorang yang menjadikan haiwan peliharaan seperti tarikan kepada pelanggan, sekaligus melanggar aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

restoran

“Hasil pemeriksaan mendapati premis ini diberi lesen makanan pada April lalu. Namun, sejak Jun, pemilik mula membawa masuk sebanyak 23 ekor haiwan termasuk alpaka, kambing, itik, angsa, arnab dan kucing. Tingkat atas restoran juga telah diubah suai menjadi seolah-olah ‘mini zoo’ tanpa kebenaran,” katanya.

Beliau menegaskan, pemilik diberi tempoh tujuh hari untuk mengeluarkan semua haiwan serta membersihkan premis.

“Ini kali pertama dalam kawasan MBMB, sebuah restoran dijadikan mini zoo,” ujarnya.

restoran

Hasil tinjaun semasa operasa mendapati seekor alpaka ditempatkan dalam bilik khas, lebih 10 ekor kucing dalam ruang berpintu kaca, arnab di dalam sangkar, manakala kambing, itik dan angsa berkeliaran di tingkat atas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun terdapat tingkap terbuka, kipas serta penghawa dingin, keadaan premis tetap berbau busuk dengan najis dan air kencing haiwan bertaburan, mencetuskan suasana kotor serta menjijikkan.

restoran

Sebelum ini, video seekor alpaka di restoran tersebut tular di aplikasi TikTok apabila netizen meluahkan rasa kasihan terhadap haiwan berkenaan yang kelihatan kesunyian dan tidak berada di habitat sepatutnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama pempengaruh dan usahawan, Addy Kana kembali menjadi sebutan selepas majlis akikah anak bongsunya mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini. Addy Kana persoal...

Politik

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mendedahkan lebih 30 tahun pentadbiran PAS di Kelantan yang bebas daripada skandal rasuah besar dijadikan sebagai bukti...

Nasional

Pemimpin negara menyeru rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan keharmonian dan perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia 2025 dan menekankan, perpaduan ialah harta paling berharga yang...

Lokal

Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan pembatalan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka di Kota Kinabalu, malam esok berikutan bencana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd