Tular sebuah rakaman insiden melibatkan dua pelajar Tingkatan 5 di sebuah kawasan perumahan di sini semalam apabila seorang remaja perempuan dilihat bertindak kasar terhadap rakan lelakinya.
Menerusi rakaman tersebut, remaja perempuan terbabit dilihat mencubit, memulas jari, menolak badan serta menarik kolar baju pelajar lelaki berkenaan.
Remaja Perempuan Kasari Rakan Lelaki
Berkaitan dakwaan kononnya kunci motosikal dirampas, pelajar lelaki itu tampil menafikan perkara tersebut.
“Pasal kunci motor kena ambil tu, bohong sahaja.
“Sebenarnya saya memang nak duduk situ sekejap senab nak redakan amarah saya,”jelasnya.
Artikel lain: Tular Budak Lelaki Cedera Diserang Anjing, Berlari Sambil Menangis Minta Tolong
Insiden berkenaan kekal menjadi perbualan hangat di media sosial dengan warganet menzahirkan kebimbangan terhadap tingkah laku remaja yang dilihat memerlukan bimbingan sewajarnya.
Sumber: Instagram capricedaddycap
