Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) intelektual didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memukul seorang warga emas hingga maut dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada 19 Jun lalu.
Remaja OKU didakwa pukul warga emas
Menurut laporan Harian Metro, pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes ini melibaNtkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Foto: Harian Metro
Mengikut kertas pertuduhan, remaja tersebut didakwa pukul warga emas yang dikenali sebagai, Shamsudin Mohamed, 60, di tepi sebuah kedai runcit di Kampung Buluh, antara jam 6 hingga 6.30 petang pada tarikh kejadian.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, selain tidak kurang 12 kali sebatan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel lain: Tegur Remaja Bawa Motosikal Laju, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi

Foto: Kosmo!
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 2 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan perubatan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul menggunakan sebatang besi dalam kejadian sekitar jam 6 petang.

Foto: Kosmo!
Kejadian berlaku apabila suspek yang didakwa pukul warga emas tersebut dikatakan menyimpan dendam terhadap mangsa apabila dikatakan mangsa sering menegurnya bermain motor.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)
