Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Solidariti Indonesia! Rakyat Malaysia Hulur Bantuan Pesan Makanan Melalui Grab, Ojek

Rakyat Malaysia Hulur Bantuan

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri.

Indonesia kini berdepan gelombang protes dan rusuhan yang tercetus di beberapa kawasan utama termasuk Jakarta, Surabaya dan Bandung. Situasi itu memberi kesan mendalam kepada golongan pekerja berupah harian apabila pendapatan mereka terjejas hingga ada yang tidak mampu membeli makanan asas untuk kelangsungan hidup.

Menerusi perkongsian di platform Threads, seorang pengguna dikenali Shamin Azim Khan berkongsi bagaimana orang ramai boleh membantu melalui aplikasi Grab dengan menukar lokasi pesanan ke Jakarta sebelum menetapkan lokasi penghantaran seperti Hotel Shangri-La bersama nota ringkas agar makanan tersebut disedekahkan kepada penduduk tempatan.

Usaha berkenaan pantas mendapat sambutan ramai rakyat Malaysia yang kemudian berkongsi bukti tempahan dan pembayaran di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun rider di Indonesia pada awalnya bingung, mereka akhirnya menzahirkan rasa syukur kerana bantuan itu hadir ketika amat diperlukan.

Malah, ada pesanan ringkas daripada penderma yang cukup menyentuh hati.

“Tak perlu hantar, makan saja. Atau bahagi-bahagi dengan teman ojek,”tulis salah seorang pemberi.

Difahamkan, dengan hanya RM20, rakyat Malaysia mampu menyediakan makanan yang mencukupi untuk beberapa orang.

Antara juadah yang ditempah termasuk nasi goreng, mi kriting serta air mineral sehingga 100 botol bagi diagihkan.

Dalam hantaran tersebut, penghantar makanan di sana turut menitipkan doa buat penderma selain menghantar gambar sebagai bukti agihan telah dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto-foto yang dikongsi jelas memperlihatkan wajah penuh kesyukuran dan kelegaan warga tempatan yang menerima bantuan itu.

Rakyat Malaysia Hulur Bantuan

Tindakan ini disatukan dengan tanda pagar #SolidaritiIndonesia dan #KitaJiran, sekali gus membuktikan rakyat Malaysia tidak pernah mengabaikan nasib jiran serantau walaupun sering berbalas sindiran di media sosial.

Di ruangan komen, ramai warga Indonesia menzahirkan rasa terharu terhadap keprihatinan tersebut.

Gerakan kecil yang lahir daripada inisiatif rakyat ini bukan sahaja mengisi perut mereka yang terjejas, tetapi turut membina jambatan persaudaraan merentasi sempadan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads shaminazimkhan

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd