Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Raikan 15 Tahun Jadi Artis, IU Sumbang RM656,000 Kepada Dua Badan Kebajikan

Bintang popular Korea Selatan, IU atau nama sebenarnya Lee Ji-eun meraikan debut ulang tahun ke-15 sebagai anak seni dengan cara yang berbeza.

Menurut laporan Soompi, penyanyi berusia 29 tahun itu memberi sumbangan kira-kira RM656,000 kepada dua badan kebajikan iaitu Asan Foundation dan Seoul Metropolitan Child Welfare Association.

View this post on Instagram

A post shared by 이지금 IU (@dlwlrma)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik kenyataan agensi EDAM Entertainment di laman Instagram, sumbangan tersebut disampaikan di bawah UAENA iaitu nama kelab peminatnya baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by EDAM ENT Official (이담엔터테인먼트) (@edam.official)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, sumbangan dihulurkan penyanyi lagu Good Day itu akan digunakan untuk kos perubatan pesakit kanser dalam kalangan wanita dan kanak-kanak yang kurang kemampuan.

UAENA sentiasa memberikan perkara yang luar biasa selama 15 tahun. Saya sekali lagi mahu berkongsi dengan penuh kesyukuran.
“Saya berharap hati kita akan bersatu untuk membawa keajaiban kepada orang lain. 
“Semua waktu dihabiskan bersama UAENA selama ini adalah masa keemasan saya. Terima kasih dan saya sangat menyayangi anda semua,” katanya.
View this post on Instagram

A post shared by 이지금 IU (@dlwlrma)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Posting tersebut menerima hampir 28,000 tanda suka dan ratusan komen netizen yang rata-rata memuji tindakan murni IU dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: Soompi , Instagram EDAM & IU

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd