Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JAKIM Siasat Individu Islam Terlibat Dalam Program Interfaith Water Ceremony

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian serius berhubung dakwaan penglibatan individu Muslim dalam program yang dikenali sebagai “Interfaith Water Ceremony” yang menjadi perbualan di media sosial.

Program Interfaith Water Ceremony

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, bagaimanapun individu yang terbabit bukan pegawai agensi tersebut.

“Walau bagaimanapun, JAKIM akan memanggil individu berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.
Interfaith Water Ceremony

Foto: Facebook JAKIM

Beliau menjelaskan sebelum ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 18 Disember lalu bagi menjelaskan dakwaan penyertaan pegawai mereka dalam program tersebut.

“Kenyataan berkenaan memperincikan latar belakang penganjuran program, tujuan sebenar kehadiran pegawai agama Islam negeri, serta konteks rakaman yang tular di media sosial.
“Bagi memastikan penelitian yang adil dan menyeluruh, JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang dibangkitkan.
“Perkara ini sedang diteliti secara serius oleh JAKIM,” ujarnya.
Interfaith Water Ceremony

Foto: Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor

Sementara itu, Sirajuddin berkata JAKIM bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkaitan bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh, berlandaskan perundangan sedia ada.

“JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, dipohon membuat laporan rasmi kepada pihak Polis Diraja Malaysia serta pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri,” jelasnya lagi.

Artikel lain: Jangan Kelirukan Pengguna! JAKIM Tegaskan Istilah ‘Muslim Choice’ Bukan Penanda Halal Diiktiraf

Interfaith Water Ceremony

Foto: Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor

Difahamkan, penyelidik kultus Ahmad Iqram ada memuat naik beberapa hantaran mendedahkan mengenai upacara berbaur pluralisme agama tersebut.

“Dalam program yang sama Loving Couple Festival di dewan Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang yang diadakan pada 24 November 2018, pihak gereja turut melaksanakan ritual “Interfaith Water Ceremony”.
“Interfaith Water Ceremony atau Unity Water Ceremony merupakan sebuah upacara berdoa bersama dengan pemimpin agama-agama lain yang menjadi agenda penting dalam ritual Gereja Unification,” kongsinya.

Sumber: Facebook JAKIM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Spotlight

Pelakon aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024. Menurut laporan media Thailand, aktor itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd