Selepas berdepan kemelut dengan keluarga mentua, pempengaruh dan usahawan Prince Syed Shahid dilihat terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.
Menerusi aplikasi TikTok, kakaknya yang dikenali sebagai Queen Syarifah Syah memuat naik sebuah video memaparkan Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed terbaring di atas katil hospital.
Dalam ruangan kapsyen, Queen Syarifah menitipkan doa agar pempengaruh berusia 33 tahun itu lekas sembuh dan tabah dalam menjalani dugaan serta berterima kasih kepada individu yang mendoakan kesembuhan adiknya.
“Semoga adikku cepat sembuh.. Kuat hadapi dugaan dan cabaran@Prince Syed Couture. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan,” tulisnya pada Ahad.
Pada masa yang sama, dia turut memaklumkan bahawa isteri Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak sudah dibenarkan keluar dari wad susulan masalah kesihatan yang dihadapi.
“Adik iparku Fatin alhamdulillah dah keluar wad, moga semuanya sihat-sihat,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, video berdurasi 13 saat itu menerima 4,500 komen dalam kalangan netizen, selain 11,900 tanda suka dengan 1.1 juta jumlah tontonan.
Artikel lain: Kekayaan Hanya Palsu? Adik Ipar Dedah Prince Syed Tayang Emas, Beg Tangan Tiruan
Rata-rata bagaimanapun meninggalkan komen berunsur sindiran dan menjadi bahan jenaka, mendakwa kononnya masalah kesihatan dialami Syed sekadar ‘wayang’ semata-mata.
Muka buat-buat sakit?
Pandangan dah kosong
Siapa sihir?
Tak nampak botol drip
Mata tu nampak segar
Terdahulu, kemelut tercetus apabila seorang wanita yang mengaku sebagai ibu mentua Syed mendakwa anak perempuannya dan cucu dilarikan pempengaruh tersebut.
Wanita berkenaan turut mendakwa Syed berkahwin dengan anaknya sekadar menjadikan Fatin Syazwani tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik untuk menjual produk kurus.
Sumber: TikTok Queen Syarifah Syah







































