Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kekayaan Hanya Palsu? Adik Ipar Dedah Prince Syed Tayang Emas, Beg Tangan Tiruan

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing.

Tular di media sosial, adik kepada Fatin yang dikenali sebagai Muhd Ikhwan Alif, tampil mendedahkan perkara sebenar berkenaan kehidupan mewah abang iparnya yang didakwa hanyalah palsu demi konten di media sosial sahaja.

Kekayaan hanya palsu?

Kekayaan Prince Syed hanya palsu?

“Dia beli emas satu juta wayang sahaja, pergi kedai emas untuk buat review. Dia ambil kesempatan dan buat video, kalau betul pergi buat podcast depan-depan tengok sama juga dengan bag mewah yang dia baru beli.
“Swarovski pun beli dekat Shopee, ni dia setakat beli emas gantung kat leher tapi cap Shopee, nak cakap apa,” kata Ikhwan dalam sesi siarang langsung di TikTok.

Anak ketiga daripada lima beradik itu turut memberitahu bahawa Syed pernah meminjam duitnya untuk membeli kereta dan modal bagi memulakan perniagaan.

“Dia beli kereta X70 tu minta saya RM20K untuk  down payment, siap ada penyata bank yang dia ambil duit saya tapi tidak dinafikan yang dia dah bayar semula.
“Nak memulakan perniagaan laksa pun guna duit saya juga. Minta sepuluh ribu, lima ribu tapi bukan dia yang minta sebaliknya suruh Fatin yang minta, tak nampaklah keburukan dia nanti jatuh standard pula,” jelasnya.

Bercerita lanjut, Ikhwan turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Syed yang sanggup menghumban ibu bapanya ke dalam lokap hanya kerana mahu menutup keslahan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Burukkan mak abah, kalau kes yang kena tangkap ni hanya saya dan abang saya sahaja takpe lah, ni tidak dia sanggup letak ibu mentua dalam lokap,” tambahnya lagi.

Artikel lain:Prince Syed Dedah Isteri Enggan Jumpa Keluarga, Buat Laporan Polis Demi Keselamatan

Terdahulu, tular di laman sosial video seorang wanita mendakwa dirinya ibu mentua Prince Syed ke sebuah rumah dan memaklumkan menantunya lari dan menghalang anak serta cucu berjumpa dengannya.

Dalam video sama, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani untuk menjadikan wanita itu tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.

Sumber: Threads bysaffri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd