Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Prince Syed Buat Laporan Polis, Barang Kemas Hilang Selepas Sambut Hari Lahir

Barang kemas Prince Syed hilang

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membuat laporan polis selepas mendakwa barangan kemas miliknya dicuri oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab.

Barang kemas Prince Syed hilang

Barang kemas Prince Syed hilang

Prince Syed atau nama lengkapnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman memberitahu laporan itu turut dibuat atas dasar menjaga privasi diri yang telah diganggu dan kes hasutan terhadap perniagaan miliknya dan isteri, Fatin Syazwani.

“Hari ini kita buat tiga dahulu laporan kerana kes kecurian barang emas saya, kemudian privasi saya diganggu dan kes hasutan terhadap perniagaan saya dan isteri,” kata Syed di Facebook, malam tadi.

Syed juga menyifatkan laporan tersebut merupakan satu bentuk hadiah sempena sambutan ulang tahunnya kepada beberapa individu yang telah berjaya dikesan dan segala bukti serta kenyataan fitnah telah berjaya dikumpul bagi membantu siasatan.

“Tahniah, kita dah ambil tindakan jadi tinggal tunggu nama-nama yang kita beri kepada pihak polis tadi harap bersedia.
“Sempena hari lahir saya, kita nak bagi sedikit hadiah istimewa kepada beberapa individu yang saya kira sangat ramai. Kita dah tangkap layar yang cakap bukan-bukan, mengganggu privasi dan keselamatan terhadap jasad yang Allah bagi banyak kelebihan tak sama macam orang lain ini,” jelasnya.

Barang kemas Prince Syed hilang

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut memaklumkan tindakan saman akan diambil dan terdapat beberapa isu yang tidak dapat dikongsikan kepada umum atas faktor keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya akan buat laporan untuk tujuan saman kepada ramai individu yang terlibat.
“Macam-macam lagi isu yang saya tidak boleh beritahu di sini atas faktor keselamatan, jadi lihat sahaja nanti, sekarang ni apa-apa kita cerita di balai polis dan mahkamah. Biar pihak berkuasa sahaja buat tindakan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Prince Syed Potong Kek Bertatah Emas RM200K, Isteri Melaram Perhiasan RM2 Juta

Terdahulu, Syed mengundang perhatian apabila menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 bernilai RM200,000.

Malah, dia sebelum ini sering berkongsi aktiviti perniagaan, gaya hidup serta kandungan berunsur motivasi dan amal di platform media sosial miliknya.

Sumber: Facebook Prince Syed Shahid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Nasional

Sarawak berjaya mengekalkan status sebagai negeri berpendapatan tinggi di Malaysia tiga tahun berturut-turut mengikut data terkini Pendapatan Negara Kasar (PNK) 2024 per kapita yang dikeluarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd