Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sidang Kemuncak ASEAN: Presiden FIFA Dijangka Hadir

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung hujung bulan ini dijangka mendapat perhatian global apabila Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino turut mengesahkan kehadiran.

Menurut laporan Kosmo!, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan kehadiran Presiden FIFA itu tidak membawa maksud isu bola sepak akan menjadi antara topik yang dibincangkan dalam sidang berkenaan.

FIFA

Foto: Kosmo!

“Walaupun Presiden FIFA hadir, bola sepak tidak termasuk dalam agenda perbincangan ASEAN,” katanya.

Anwar menjelaskan, selain 11 negara ASEAN termasuk Timor Leste yang dijemput, sidang kemuncak kali ini turut disertai pelbagai tokoh antarabangsa dan pemimpin dunia dari pelbagai rantau.

Artikel lain: FIFA Bongkar Asal Usul Datuk, Nenek Tujuh Pemain Warisan Harimau Malaya

Antara organisasi antarabangsa yang akan hadir ialan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Macroeconomic Research Office ASEAN, East Asia Bussiness Council dan Trilateral Cooperation Secretariat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut dijangka hadir ialah Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) serta Presiden FIFA sendiri.

FIFA

Foto: malaymail

Menurut Anwar, edisi ke-47 ini dianggap istimewa kerana turut disertai oleh pemimpin utama dunia seperti Perdana Menteri Australia, Premier China, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri New Zealand dan Presiden Korea Selatan.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Presiden Amerika Syarikat, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Presiden Brazil, Perdana Menteri Kanada, Presiden Majlis Kesatuan Eropah dan Presiden Afrika Selatan turut akan menghadiri persidangan tersebut.

“Kehadiran meluas ini membuktikan peranan dan pengaruh ASEAN semakin diiktiraf di peringkat global,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! (Zulkifli Manzor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd