Baru-baru ini tular di media sosial apabila penunggang motosikal berkongsi situasi riuh rendah sewaktu berhenti di persimpangan lampu isyarat di tengah-tengah bandar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Kena hon di tengah jalan
Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan sekumpulan pelajar daripada institusi pengajian tinggi sedang mengambil foto pra konvokesyen di kawasan lintasan zebra yang menjadi kawasan ikonik semasa lampu isyarat bertukar bewarna merah.
@ibnujuharii Model katanya🤣 #malaysiacore2025 #malaysiacore #fyp #fypviralシ #4u
Dalam video itu, graduan tersebut sedang duduk sebaris memanjang sambil melakukan berposing menghadap jurugambar.
Bagaimanapun, tindakan tersebut telah menarik perhatian penunggang motosikal yang menyaksikan kejadian itu menyebabkan rata-rata mereka membunyikan hon masing-masing.
Tidak lama kemudian, pelajar-pelajar terbabit dilihat bangun dan meninggalkan kawasan itu setelah menyedari keadaan berubah menjadi sedikit bising.
Sementara itu, jurugambar berkenaan tampil mendedahkan perkara sebenar dan menjelaskan sudah meneliti keselamatan keadaan jalan raya terlebih dahulu sebelum melakukan proses penggambaran.
Menurut jurugambar itu, dia sudah pun meneliti keadaan jalan raya terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil gambar di tengah jalan.
“Saya yang ambil gambar dan yang ada di tempat kejadian pasti tahu cerita sebenar yang lampu merah ada 48 saat untuk bertukar hijau.
“Hon itu tanda mengusik sahaja, bukannya marah, bagilah peluang untuk pelajar-pelajar ni pre-convo ikut cara mereka,” terangnya.
Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa kurang senang melihat sikap penunggang motosikal yang dianggap berlebihan dengan membunyikan hon biarpun gambar itu diambil sewaktu kenderaan sudah berhenti di lampu merah.
Malah ada juga yang menganggap tindakan itu sekadar mahu mengusik sahaja dan memeriahkan suasana namun disalah tafsir oleh pengguna di media sosial.
Ambil gambar waktu lampu merah
Mengusik je tu
Nak meriahkan suasana
Artikel lain: Naib Canselor UiTM Nasihat Graduan Hormati Jubah Konvokesyen
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.5 juta tontonan dan meraih lebih 76,000 tanda suka.
Sumber: TikTok @ibnujuharii







































