Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Posmen Ditemui Lemas Selepas Hilang Ketika Pasang Tajur

Misteri kehilangan seorang posmen sejak malam Ahad lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui lemas di Sungai Sawah Ring, Gersik pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa Mohd Saufi Rosni, 39, ditemui lengkap berpakaian oleh sekumpulan pemancing yang juga merupakan rakan-rakannya, kira-kira 800 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Foto: Media Sosial

Berdasarkan maklumat awal, Mohd Saufi keluar rumah seorang diri pada jam 12.30 tengah malam Ahad menaiki bot untuk memasang tajur (kail besar berjoran) namun, dia tidak pulang ke rumah keesokan paginya, menyebabkan keluarganya mula bimbang dan melancarkan usaha mencari dengan bantuan penduduk kampung.

Sepupu mangsa Mariam Ismail, 42, berkata penemuan jasad Mohd Saufi memberikan kelegaan walaupun dihiasi rasa pilu setelah menunggu kepastian sejak operasi mencari dan menyelamat digerakkan.

“Kehilangan arwah disedari ahli keluarga sebelum usaha mencari dilakukan dengan bantuan penduduk kampung,” katanya.

Mariam turut memaklumkan bahawa kali terakhir lokasi mangsa dapat dikesan adalah sekitar jam 4 pagi Isnin, selepas itu tiada lagi sebarang jejak atau petunjuk sehingga jasadnya ditemui pagi ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, sehari sebelum kejadian, Mohd Saufi sempat menghadiri rumah terbuka di Kampung Sawah Ring dan ketika itu, dia kelihatan termenung sambil memandang ke arahnya.

Foto: Media Sosial

“Bila teringat kembali renungannya malam itu, seolah-olah nak beritahu tahu, malam berkenaan adalah pertemuan terakhir kami. Rupa-rupanya itu petanda dia pergi selama-lamanya.
“Saya memang rapat dan dia gemar memancing jika ada kelapangan selain memiliki bot sendiri. Bila dapat tahu berita ini, saya menangis kerana saya orang terakhir berjumpa dengannya,” katanya dalam keadaan sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Pada jam 9.50 pagi tadi, mayat ditemui sebelum dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian menggemparkan di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd