Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Terima Laporan, Murid Tahun Satu Cedera Dipukul Di Kantin Sekolah

Polis mengesahkan satu laporan telah diterima berhubung insiden seorang murid tahun satu yang cedera akibat  dipukul oleh dua murid tahun tiga di kantin Sekolah Seksyen 32, dua hari yang lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, memaklumkan ibu mangsa telah membuat satu laporan polis pada jam 9.51 malam Rabu lalu.

Cedera dipukul di kantin sekolah

polis Cedera dipukul di kantin sekolah 

Beliau memberitahu, menurut keterangan dalam laporan menyebut mangsa telah dipukul sewaktu berada di kantin sekolah kira-kira jam 3 petang.

“Mangsa kini di Hospital Shah Alam bagi menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.
“Siasatan mendapati, murid berkenaan dipukul dua murid Tahun Tiga.
“Polis masih menyiasat punca kejadian dan kecederaan dialami mangsa,” kata Mohd Iqbal, hari ini.

Difahamkan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450,” terangnya.

Artikel lain: Kes Pergaduhan Pelajar Di Telok Panglima Garang Diselesai Secara Baik

Sebelum ini, tular di media sosial seorang murid lelaki Tahun Satu di sebuah sekolah di Seksyen 32, mendapatkan rawatan di hospital selepas dipercayai menjadi mangsa buli kepada tiga murid Tahun Tiga ketika waktu rehat, Rabu lalu.

Bapa mangsa mendakwa, anaknya yang diugut akan dicekik oleh jika melawan, dipijak berkali-kali di perut, dada dan kaki, selain mulutnya ditekup oleh pelaku.

Sumber: Berita Harian (Ruwaida Md Zain)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Seorang pemandu van warga Thailand direman empat hari susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Napoh, Jitra malam...

Lokal

Motif sebenar kes guru besar dan isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd