Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Rakam Keterangan Tiga Individu, Bantu Siasatan Kes Mayat Dalam Bagasi

Tiga individu telah dirakam keterangannya oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang ejen insurans yang mayatnya ditemui disumbat dalam beg pakaian berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh pada 9 Oktober lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail memberitahu, individu terbabit terdiri daripada mereka yang menemui kenderaan dan mayat mangsa, serta seorang ahli keluarganya.

Rakam keterangan tiga individu

polis Rakam keterangan tiga individu

Menurut Azizee, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu lain bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, kita telah merekodkan keterangan tiga individu dan siasatan masih dijalankan secara aktif.
“Pada masa sama, usaha pengesanan suspek juga giat dilakukan dan kita berharap dapat mengenal pasti serta menahan mereka yang terlibat dalam masa terdekat,” kata Azizee pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Polis Pulau Pinang, hari ini.

Terdahulu, pihak berkuasa mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dan terdapat kesan kelar di lehernya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa dikenali sebagai Lee Boon Han, 31, selepas pengecaman identiti dibuat oleh ahli keluarganya.

Artikel lain: Identiti Lelaki Dikelar, Disumbat Dalam Bagasi Dikenal Pasti Polis

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg pakaian, kemudian dibuang di belakang flat berkenaan.

Polis turut menemui kereta jenis Toyota Vios milik mangsa kira-kira 450 meter dari lokasi penemuan mayat dan usaha memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu kini sedang giat dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd