Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Perjelas Insiden Wanita Skirt Pendek Dilarang Masuk IPD

Insiden tular melibatkan seorang wanita yang tidak dibenarkan memasuki pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka semalam sebenarnya berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap kod pakaian yang telah ditetapkan bagi semua pengunjung premis kerajaan.

Kod pakaian merupakan garis panduan yang semua perlu patuhi

Menurut laporan Malaysia Kini, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata kejadian itu berlaku sekitar jam 5 petang apabila wanita berusia lingkungan 20-an berkenaan hadir bersama ibunya yang berusia 50-an untuk membuat laporan polis selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Johor dari Kuala Lumpur.

polis

Menurut beliau, anggota bertugas di pintu masuk telah menegur serta menasihatkan kedua-dua wanita tersebut supaya menukar pakaian terlebih dahulu sebelum dibenarkan berurusan di kaunter laporan, memandangkan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan hadir dengan pakaian yang tidak menepati garis panduan berpakaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Nasihat yang diberikan adalah selaras dengan surat pekeliling Ketua Setiausaha Negara bertarikh 1 Disember 2020 yang menggariskan penambahbaikan dalam pengurusan perhubungan pelanggan sektor awam, termasuk aspek etika pemakaian ketika berurusan di premis kerajaan,”katanya.

Artikel lain: Nak Ambil Teman Wanita Tapi Telefon Habis Bateri, Lelaki Berani Pinjam Charger Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati wanita berkenaan bersama ibunya telah pulang sebentar untuk menukar pakaian sebelum kembali ke IPD pada jam 5.40 petang dengan busana yang lebih sesuai.

Mereka kemudian dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan untuk membuat laporan polis berhubung kemalangan yang dialami.

Dzulkhairi turut menegaskan bahawa etika pemakaian merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua orang awam ketika hadir ke mana-mana kaunter aduan olis.

polis

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa polis sentiasa mengambil kira situasi dan akan memberikan kelonggaran sekiranya kes melibatkan kecemasan atau memerlukan tindakan segera tanpa berlengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menokok tambah fakta mengenai kejadian berkenaan. Garis panduan etika pemakaian ini telah lama ditetapkan dan bertujuan menjaga imej serta keselesaan semasa berurusan di premis agensi kerajaan,” ujarnya.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu tidak dibenarkan masuk pada awalnya kerana skirt yang dipakai salah seorang daripada mereka adalah lebih pendek daripada paras lutut, sekali gus melanggar kod pakaian yang ditetapkan.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd