Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dua kes dipercayai didalangi oleh agensi perisikan asing yang menjadi satu bentuk ancaman luar, yang mampu menggugat keselamatan negara.
Polis kesan kes agen perisikan asing

Foto: Berita Harian
Menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memberitahu, dua insiden yang disiasat oleh pihak polis merupakan penculikan warga Palestin dan kes pemilikan enam pucuk senjata api oleh seorang warga Israel.
“PDRM sentiasa bersedia dalam usaha mencegah dan menangani pelbagai ancaman luaran yang berpotensi menjejaskan keselamatan negara termasuklah sebarang agenda yang dibawa oleh agensi perisikan asing yang mungkin cuba campur tangan atau mengganggu-gugat kestabilan dan kedaulatan negara.
“Pelbagai mekanisme telah diambil oleh PDRM bagi memantau kemasukan warga negara asing yang masuk daripada pintu masuk negara.
“Dalam usaha ini, PDRM menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta interpol,” kata Mohd Khalid dalam kenyataan, semalam.

Foto: Sinar Harian
Mohd Khalid juga menegaskan bahawa PDRM akan memberi pemerhatian terus terhadap kawalan keselamatan warga asing yang sudah tinggal lama di negara termasuk mereka yang bermaustatin atau berada atas urusan pekerjaan seperti perunding asing.
Dalam pada itu, warga Palestin yang menetap di Malaysia dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup berprofil rendah bagi menggelakkan diri daripada menjadi sasaran dan melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang tindakan yang mencurigakan.
“PDRM turut menjalin kolaborasi strategik dengan agensi-agensi kerajaan terlibat dalam aspek keselamatan negara melalui pertukaran maklumat dan pandangan secara berterusan di peringkat nasional dan atarabangsa,” jelasnya.
Artikel lain: Serbuan Komuniti Hubungan Songsang Berdasarkan Risikan, Bukan Diskriminasi – Polis Kelantan
Difahamkan, PDRM juga akan terus komited dalam memastikan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia
