Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Giat Buru Pelaku Edar Video AI Mirip Sultan Pahang

Polis buru pelaku edar video palsu Sultan Pahang

Polis Pahang memaklumkan kerja-kerja mengesan dalang penyebaran beberapa video palsu membabitkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sejak dua hari lalu kini sedang giat dijalankan.

Polis buru pelaku edar video palsu Sultan Pahang

Polis buru pelaku edar video palsu Sultan Pahang

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memaklumkan, video-video itu menjelaskan bahawa baginda menawarkan beberapa bantuan kepada rakyat menerusi beberapa akaun TikTok palsu menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

“Kita telah menerima satu laporan polis daripada pihak Istana Pahang berhubung penyebaran video berkenaan. Kes telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian,” kata Yahaya di Pekan, hari ini.

Yahaya berkata, hasil siasatan awal mendapati video itu digunakan bagi memperdaya masyarakat untuk tujuan penipuan.

Dalam pada itu, polis telah mengesahkan bahawa akaun TikTok yang digunakan bagi menyebarkan kandungan tersebut turut dikenal pasti sebagai akaun palsu dan pihaknya sedang mengesan individu yang bertanggungjawab di sebalik jenayah terbabit.

Polis buru pelaku edar video palsu Sultan Pahang

Foto: The Straits Time

Sementara itu, pihak Istana Pahang semalam turut mendedahkan beberapa akaun palsu seperti ‘datuk_abdul_majid’, ‘datokfahrolaziz07’ dan ‘datuk_abdul_majid7’ yang aktif menyebarkan berita-berita tidak benar atas kepentingan peribadi.

“Ditegaskan bahawa baginda sultan tidak mempunyai sebarang akaun media sosial peribadi. Segala titah dan aktiviti rasmi hanya disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang yang kini diikuti lebih 725,000 pengguna,” kata kenyataan itu.

Artikel lain: Sultan Pahang Saran Kerajaan Haramkan Vape

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, video tersebut merupakan penyalahgunaan imej Al-Sultan Abdullah yang boleh menjejaskan institusi diraja yang menjadikan rakyat sebagai sasaran utama misi penipuan siber.

Sumber: Kosmo (Khairulmizan Yahya)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd