Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PKR Sabah Hormat Keputusan UPKO Keluar Daripada Pakatan Harapan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menghormati keputusan rasmi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) untuk berundur daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) sebagaimana diumumkan melalui kenyataan Setiausaha Agung UPKO, Datuk Nelson W. Angang.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, sepanjang penyertaan UPKO dalam Pakatan Harapan sejak tahun 2019, kerjasama erat telah dijalinkan antara pimpinan, jentera serta wakil rakyat di pelbagai peringkat, khususnya dalam memperjuangkan agenda reformasi, tadbir urus baik, dan pembangunan inklusif di Sabah.

PKR Sabah hormat keputusan UPKO

PKR Sabah hormat keputusan UPKO

“Atas dasar itu, KEADILAN Sabah menzahirkan penghargaan kepada Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, serta seluruh kepimpinan dan ahli UPKO atas sumbangan, komitmen dan kebersamaan mereka dalam tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata perjuangan untuk mengembalikan hak 40 peratus hasil Sabah, pengukuhan autonomi serta pembangunan sosioekonomi Sabah yang adil tidak harus menjadi punca perpecahan, tetapi sebaliknya menjadi asas penyatuan dalam semangat federalisme yang matang dan saling menghormati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: UPKO Umum Keluar Pakatan Harapan, Tegaskan Agenda ‘Sabah First’

PKR Sabah hormat keputusan UPKO

Sehubungan itu, PKR Sabah menyeru agar semua parti, termasuk UPKO, terus meletakkan kepentingan rakyat Sabah sebagai keutamaan, serta meneruskan kerjasama dalam ruang kebersamaan yang lebih luas di bawah semangat perpaduan dan reformasi nasional.

Semalam, Nelson mendedahkan UPKO keluar daripada PH, berkuat kuasa serta-merta menerusi Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi parti tersebut.

Sumber: Facebook @PKR Sabah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd