Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

‘Pilot’ Peluk Penumpang Palestin Buat Netizen Sebak – “Kami Minta Maaf”

Seorang lelaki Palestin yang dikenali sebagai Mahmoud Abdallall berkongsi pengalaman ketika menaiki sebuah kapal terbang apabila disapa oleh juruterbang yang bertanya khabarnya susulan konflik Palestin-Israel.

Menerusi hantaran yang dimuat naiknya di laman TikTok, Mahmoud kelihatan terkejut selepas juruterbang tersebut menyapanya sebelum berangkat ke destinasi.

Dalam perkongsian tersebut, juruterbang itu melutut dan bertanya mengenai perkembangan semasa yang berlaku di Palestin pada ketika ini.

@mahmoud_abdallall

ketika dia tahu saya orang Palestina dia langsung datang ke tempat kursi saya kemudian dia bertanya kepada saya pakai bahasa Arab Bagaimana kegiatan saudara kita di Palestina, dan katanya sedih sekali melihat saudara kita dalam kegiatan seperti ini Bagaimana dengan anda sekalian apakah ikut merasa sedih dan selalu doa kepada saudara kita apa gimana🙁?#fyp #tiktok #trending #viral

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ الصوت الأصلي – mahmoud abdallall – mahmoud abdallall

“Ketika dia tahu saya orang Palestina dia langsung datang ke tempat kerusi saya kemudian bertanya kepada saya pakai bahasa Arab.
“Bagaimana kegiatan saudara kita di Palestina, dan katanya sedih sekali melihat saudara kita dalam kegiatan seperti ini. Bagaimana dengan anda sekalian apakah ikut merasa sedih dan selalu doa kepada saudara kita disana?” ujarnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, juruterbang tersebut turut memohon maaf dan memberikan kata-kata semangat selepas mengetahui 15 ahli keluarga termasuk empat orang anaknya telah syahid susulan serangan zionis, baru-baru ini.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap apa yang berlaku kepada keluarga Mahmoud dan tidak dapat berbuat apa-apa selain mendoakan yang terbaik untuk rakyat Palestin.

Doa kami sentiasa ada untuk Palestin

Dalam pada itu, ramai turut memohon maaf kepada rakyat Palestin yang kini sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka daripada terus dijajah dan netizen sentiasa mendoakan agar Allah melindungi serta kemenangan berpihak kepada mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @Mahmoud Abdallall 

 

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd