Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kalau Ada Pihak Buat Kekacauan, Saya Akan Lawan Habis-Habisan -Ketua Polis KL

Polis Kuala Lumpur beri amaran keras bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana individu yang cuba buat kekacauan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru, hari ini.

Pihak buat kekacauan akan dilawan

Memetik laporan daripada Kosmo! Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan, operasi tersebut dilaksanakan mengikut perintah mahkamah dan sebarang cubaan menentang arahan akan ditangani secara “very strict, very firm.”

“Pengosongan ini perlu dibuat hari ini, apa cara sekalipun.
“Kalau ada pihak yang sengaja mencetuskan kekacauan, saya akan lawan habis-habisan. Saya tidak akan benarkan perkara seperti ini berlaku,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Buat Kekacauan

Buat kekacauan hingga cederakan pegawai polis tak boleh diterima

Menurut beliau, tindakan mencederakan pegawai polis ketika bertugas dianggap tidak boleh diterima.

“Tindakan mencederakan pegawai saya dengan membaling objek adalah perkara yang saya cukup marah. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita hanya melaksanakan undang-undang,” katanya.

Semua pihak perlu faham proses undang-undang

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Seorang lagi individu turut mengalami kecederaan ringan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Datuk Fadil turut mendedahkan, provokasi dipercayai dilakukan pihak luar dan bukannya daripada penduduk setempat.

“Malah, penduduk sendiri mengatakan ada orang luar yang buat benda-benda begini.
“Itu yang kita tidak mahu berlaku. Semua pihak perlu faham ini adalah proses undang-undang, bukan tindakan sesuka hati,” jelasnya.

Artikel lain: Isu Kampung Sungai Baru, Johari Diam Sebab Malas Cakap Benda Bodoh

Dalam masa sama, beliau memberi jaminan pihak polis bersama agensi berkaitan akan membantu penduduk yang menghadapi kesukaran untuk berpindah, termasuk golongan warga emas.

Setakat tengah hari tadi, keadaan masih terkawal namun pihak polis menegaskan tiada toleransi terhadap mana-mana pihak yang cuba berdegil atau melanggar undang-undang sepanjang operasi berlangsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Mohd Fahmi Ismail)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd