Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Luluskan 48 Projek Tenaga Boleh Baharu Bernilai RM1.87 Bilion

Kerajaan meneruskan komitmen dalam agenda peralihan tenaga apabila Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), menerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, meluluskan 48 projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada sumber biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil, berjumlah kapasiti keseluruhan 181.25 megawatt (MW).

48 projek Tenaga Boleh Baharu

Projek-projek ini diluluskan di bawah mekanisme Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT), dan dijangka menyumbang pelaburan sebanyak RM1.87 bilion, serta mula menjana tenaga elektrik hijau kepada grid nasional seawal tahun 2028.

Tenaga Boleh Baharu

Menerusi satu kenyataan rasmi, PETRA menjelaskan bahawa kelulusan ini adalah hasil daripada proses e-bidding yang dibuka antara 15 Januari hingga 19 Februari 2025 untuk kuota sebanyak 190MW bagi tiga sumber tenaga tersebut.

“Sebanyak 59 permohonan diterima, dan 48 projek telah memenuhi kriteria teknikal dan kewangan yang ditetapkan,” kata PETRA pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 projek melibatkan sumber biogas (30.93MW), lapan projek daripada biojisim (53.50MW), dan 20 projek menggunakan hidrokuasa kecil (96.82MW).

Artikel lain: Projek Tenaga PETRA Bernilai RM260 Juta Tingkat Kestabilan Elektrik Lebih 60,000 Pengguna Sabah Dan Labuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

PETRA menjelaskan bahawa pelaksanaan projek ini akan memperkukuh daya harap sistem pembekalan elektrik negara, selain memperluas kepelbagaian sumber tenaga boleh baharu yang bersifat firm atau konsisten.

“Projek TBB di bawah mekanisme FiT ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk meningkatkan kapasiti campuran TBB negara kepada 70% menjelang 2050,” jelas PETRA lagi.

Inisiatif ini turut diselaraskan dengan prinsip utama Malaysia MADANI yang menekankan kemampanan, inovasi dan kesejahteraan bersama.

Orang awam dan pemain industri yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keputusan bidaan e-bidding ini boleh merujuk laman web rasmi SEDA Malaysia di www.seda.gov.my

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd