Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Perodua Komited Singkatkan Tempoh Menunggu Tempahan Bermula Januari 2024

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sentiasa komited dalam membantu para pelanggan dalam singkatkan tempoh menunggu tempahan berbanding dua hingga lapan bulan untuk model tertentu.

Menurut laporan Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan pihaknya akan menguruskan tempoh menunggu kepada lebih singkat bermula Januari 2024.

Singkatkan tempoh menunggu tempahan

Artikel lain: Myvi, Axia Dan Saga Jadi Pilihan Dalam Tempoh Dua Tahun Ini

“Kami terus komited untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan kami. Kami yakin bermula Januari 2024 dan berikutnya, tempoh menunggu akan dapat diuruskan dengan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, jualan kenderaan Perodua meningkat kepada 29.3 peratus untuk suku ketiga tahun ini kepada 88,537 unit berbanding 69,011 unit yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kecekapan operasi yang lebih baik di bahagian pengeluaran menjadi faktor kepada peningkatan jualan tersebut dengan menyaksikan  91,528 unit kenderaan dikeluarkan, meningkat sebanyak 21.7 peratus berbanding 75,196 unit pada suku sama tahun lalu.

“Suku ketiga 2023 menjadi titik mula bagi PERODUA untuk meningkatkan pengeluaran bulanan melebihi 30,000 unit setiap bulan memandangkan kapasiti bekalan bahan mentah dan alat ganti yang mencukupi bagi memenuhi permintaan,” katanya.

Tambahnya lagi, 245,341 unit kenderaan sehingga September lalu atau peningkatan sebanyak 18.6 peratus daripada 206,837 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu bagi pengeluaran tahun ini.

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd