Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPWKM Sokong Langkah MCMC Perkukuh Keselamatan Digital Kanak-Kanak

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh kawal selia serta meningkatkan tahap keselamatan ruang digital di negara ini.

Perkukuh keselamatan digital kanak-kanak

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan semua platform digital yang beroperasi di Malaysia mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada dan melaksanakan tanggungjawab dalam melindungi keselamatan pengguna khususnya golongan rentan.

Menurut beliau, langkah pengukuhan kawal selia itu amat signifikan dalam konteks perlindungan kanak-kanak yang kini semakin terdedah kepada pelbagai risiko dalam talian termasuk eksploitasi seksual, penipuan, gangguan siber serta pendedahan kepada kandungan tidak sesuai dan berbahaya.

“Persekitaran digital yang lebih selamat bukan sahaja penting untuk melindungi kesejahteraan kanak-kanak, malah memberi keyakinan kepada ibu bapa dan keluarga dalam membimbing penggunaan teknologi secara lebih bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
keselamatan digital

Foto arkib: Bernama

Sehubungan itu, Nancy berkata KPWKM akan terus melaksanakan dan memperkukuh pelbagai inisiatif perlindungan kanak-kanak secara menyeluruh termasuk program kesedaran keselamatan dalam talian, penguatkuasaan perundangan berkaitan serta kerjasama strategik bersama MCMC, PDRM dan agensi berkaitan.

Beliau menegaskan pendekatan kolaboratif dan bersepadu amat penting bagi memastikan langkah pencegahan, pengesanan awal serta perlindungan terhadap kanak-kanak dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada masa yang sama, KPWKM menegaskan bahawa perlindungan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.
“Masyarakat digalakkan untuk tampil melaporkan sebarang kebimbangan atau kes berkaitan keselamatan kanak-kanak dan keluarga agar tindakan segera dapat diambil,” ujarnya.

Artikel lain: KPWKM, LPPKN Kemas Kini Dasar Keluarga Negara, Mahu Terus Relevan Dan Responsif

Orang ramai digalakkan tampil menyalurkan maklumat atau melaporkan sebarang kebimbangan dan kes berkaitan keselamatan kanak-kanak serta keluarga bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Laporan boleh dibuat melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam.

Tambah beliau, usaha memperkukuh keselamatan ruang digital memerlukan tahap kesedaran, kebersamaan dan komitmen berterusan semua pihak bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dalam persekitaran yang selamat, sejahtera dan terlindung, selaras dengan hasrat kerajaan memelihara kesejahteraan keluarga dan masyarakat secara menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd