Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah semalam.
Perbicaraan kes menjadi tegang
Memetik laporan daripada Harian Metro, ketegangan mula memuncak sebaik sahaja peguam yang menyediakan wasiat terakhir milik Lim Siew Kim tampil memberi keterangan.

Foto: Lim Goh Tong
Perbicaraan harta pusaka
Datuk Low Beng Choo, yang turut dinamakan sebagai defendan, mengesahkan Siew Kim menandatangani wasiat terakhirnya pada 28 April 2022 ketika berada di sebuah hospital swasta.
Menurutnya, mendiang berada dalam keadaan sedar dan memahami tindakannya.
“Beliau tidak mempunyai sebarang tiub dipasang pada tubuhnya ketika duduk atas katil dan menandatangani setiap halaman wasiat itu,” katanya.
Walau bagaimanapun, Peguam Kanan Datuk V Sithambaram bangun membantah sebelum kenyataan bertulis Beng Choo ditandakan sebagai bahan bukti.
Pihak plaintif memohon agar beberapa bahagian keterangan diketepikan kerana ia melibatkan dakwaan kata-kata si mati yang tidak dapat disahkan kesahihannya.

Foto: Lim Siew Kim
Dalam dokumen tuntutan, anak-anak perempuan Siew Kim mendakwa ibu mereka tidak mempunyai keupayaan mental dan undang-undang untuk membuat wasiat sah berikutan keadaan kesihatan yang merosot akibat kanser ovari tahap empat.
Mereka turut mempersoalkan kewujudan dua lagi wasiat bertarikh 2 November 2021 dan 11 April 2022, sebelum wasiat ketiga pada 28 April 2022 yang didakwa disediakan dalam tempoh singkat dan mencurigakan.
Yayasan Dikim dinamakan sebagai benefisiari utama dengan menerima lebih 70 peratus baki harta pusaka termasuk hartanah dan pegangan saham, manakala anak lelaki mendiang, Marcus Chan, turut menerima beberapa aset utama.
Artikel lain: Pengasas Temu, Colin Huang Kini Individu Terkaya Di China
Sebaliknya, dua anak perempuan hanya menerima jumlah wang tunai yang jauh lebih rendah, sekali gus mencetuskan pertikaian berpanjangan di mahkamah.
Sumber: Harian Metro (Sharanjit Singh)







































